Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diana Danielle positif meski anak beraya dengan bekas suami

Mar 28, 2025 | 5:00 PM
Tidak menyifatkan perpisahan dengan Farid Kamil sebagai menyedihkan, Diana Danielle berkata keputusan membawa anak-anak beraya di Kedah dibuat bersama Farid, kerana mahu anak-anaknya merasai keseronokan beraya di kampung.
Tidak menyifatkan perpisahan dengan Farid Kamil sebagai menyedihkan, Diana Danielle berkata keputusan membawa anak-anak beraya di Kedah dibuat bersama Farid, kerana mahu anak-anaknya merasai keseronokan beraya di kampung. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Memilih untuk terus bersikap positif dalam hidup, Diana Danielle yang sekali lagi bergelar ibu tunggal, mengakui Syawal kali ini tetap ceria biarpun dua anaknya, iaitu Muhammad dan Nur Aurora, beraya bersama bekas suami, Farid Kamil.

Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson, 34 tahun, berkata:

“Jujurnya, saya macam tiada perasaan. Minta maaflah, saya tidak akan menangis di bucu katil atau termimpi-mimpi, tiada. Saya hanya bersyukur, Alhamdulillah anak-anak sihat dan beliau (Farid) sihat.

“Apa yang penting, apabila beliau gembira, anak-anak saya gembira dan saya pun gembira. Walau apa pun, kami ada pertalian dan sehingga akhir hayat kami akan tetap bertalian.

“Jadi, saya harap Hari Raya akan baik-baik sahaja sebab beliau akan bawa anak-anak pulang ke Kedah. Kali ini, giliran mereka ke Kedah dan saya tidak sedih.”

Tidak menyifatkan perpisahan dengan Farid sebagai menyedihkan, Diana berkata keputusan membawa anak-anak beraya di Kedah dibuat bersama Farid kerana mahu Muhammad dan Nur Aurora merasai keseronokan beraya di kampung.

“Saya bersyukur sebab anak-anak ada bapa yang sangat mengambil berat, menghabiskan masa bersama dan bawa mereka pulang ke kampung,” katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia di sebuah hotel di sini, lapor akhbar Berita Harian Malaysia.

Diana bersyukur Muhammad dan Aurora faham situasi yang berlaku dalam keluarga sekarang.

“Anak-anak saya sudah berusia 10 dan 12 tahun. Mereka faham apa yang berlaku dan mereka tiada isu dengan semua ini.

“Mereka tidak persoal mengapa tidak macam ini dan sebagainya. Tiada tekanan di rumah dan tiada apa yang membuatkan kami ada tekanan,” katanya.

Berkongsi perancangan beraya di Kuala Lumpur, Diana tiada masalah menyambut Syawal di ibu kota kerana ramai ahli keluarga dan kenalan bersamanya.

Tambah Diana, beliau juga melihat perkara ini sebagai suatu peluang buatnya untuk berehat dan menikmati masa buat diri sendiri.

“Saya rasa emak-emak di luar sana memahami perkara ini, sebab Ramadan saya agak sibuk, jadi raya itulah masanya kita nak berehat sebab perjuangan selama sebulan itu juga tidak mudah. Masa seminggu itu saya rasa macam, lega.

“Saya harap orang tak ambil negatif, bukanlah saya tak mahu beraya dengan keluarga, tapi inilah realiti saya sekarang ini.

“Daripada saya bersedih, menunggu anak-anak pulang dan ia tidak memberikan kesan yang baik pada saya, jadi saya ambil ini sebagai sesuatu perkara yang positif.

“Inilah masa saya boleh fokus pada diri saya, jumpa saudara-mara yang mungkin sudah lama saya tak jumpa, jumpa kawan-kawan dan sebagainya,” katanya.

Diana turut meluahkan perasaan syukur bahawa Muhammad dan Aurora memahami situasi yang berlaku ketika ini.

“Anak-anak saya pergi seminggu saja, raya kan sebulan. Dua tahun lalu pun sama, Aurora dengan saya dan Muhammad dengan Farid. Sejujurnya saya okey sahaja sebab saya nak berehat.

“Anak-anak saya pun bukan berusia lima tahun, mereka berusia 10 dan 12 tahun, mereka memahami apa yang berlaku dan mereka tiada isu dengan semua ini.

“Saya gembira mereka balik ke Kedah dan apabila tiba masanya mereka balik semula ke Kuala Lumpur, mereka akan meluangkan masa dengan saya pula.

“Kita perlu jadi praktikal dan logikal, tak perlu nak emosi sangat. Asalkan semua gembira,” katanya.

Berkongsi pula dengan dengan perancangannya beraya di Kuala Lumpur, Diana berkata beliau tidak mempunyai masalah menyambut raya di ibu negara ditambah pula ramai ahli keluarga dan kenalan bersamanya pada Lebaran nanti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg