Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Farid Kamil bersyukur dapat beribadat bersama anak sepanjang Ramadan

Mar 21, 2025 | 11:22 AM
Farid Kamil berkata beliau tidak menghadapi masalah untuk berjumpa anak-anaknya, hasil perkahwinannya bersama Diana Danielle, Muhammad, 12 tahun (kiri), dan Nur Aurora, 10 tahun.
Farid Kamil berkata beliau tidak menghadapi masalah untuk berjumpa anak-anaknya, hasil perkahwinannya bersama Diana Danielle, Muhammad, 12 tahun (kiri), dan Nur Aurora, 10 tahun. - Foto INSTAGRAM FARIDKAMILZ

KUALA LUMPUR: Pelakon Farid Kamil menyifatkan Ramadan kali ini sangat bermakna kerana diberi kesempatan meluangkan masa bersama anak, berbuka dan mendirikan solat tarawih bersama dua cahaya mata tercinta, Muhammad, 12 tahun dan Nur Aurora, 10 tahun.

“Ini bulan yang penuh barakah dan peluang terbaik untuk mohon hati disucikan daripada segala dosa. Ini juga bulan keampunan yang akan digandakan lagi ganjaran terhadap amalan ibadat yang dibuat.

“Terus terang saya cakap, Ramadan kali ini paling indah buat saya sebab dapat berbuka dengan anak dan solat tarawih. Ramadan kali ini berbeza daripada yang pernah saya lalui sebelum ini,” katanya.

Ditemui pada sesi fotografi bagi mempromosi filem terbaru lakonannya, Telaga Suriram di Balai Berita Media Prima di Bangsar, kelmarin, Farid, 44 tahun, memberitahu beliau tidak menghadapi masalah untuk berjumpa anak, lapor Berita Harian Malaysia.

“Saya tidak perlu minta kebenaran atau dapatkan kebenaran sesiapa untuk berjumpa mereka. Dalam hidup kita, anak adalah amanah. Buat masa sekarang, tiada halangan untuk saya bertemu anak. Saya bersyukur kepada Allah,” kata suami pelakon Diana Danielle ini.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Mereka bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos 2023, namun rujuk kembali sebulan selepas itu.

Bagaimanapun, pada 4 November 2024, Diana hadir ke mahkamah sama bagi membuat pendaftaran rujuk dan memfailkan permohonan perceraian sekali lagi terhadap Farid.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg