Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diana Danielle tegas mahu Farid Kamil ceraikannya

Nov 4, 2024 | 8:33 PM
Ketika memfailkan permohonan cerai, Diana Danielle, mengaku tidak ada perubahan dalam rumah tangganya bersama Farid Kamil, selepas rujuk pada 31 Ogos 2023. Pasangan itu berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aurora.
Ketika memfailkan permohonan cerai, Diana Danielle, mengaku tidak ada perubahan dalam rumah tangganya bersama Farid Kamil, selepas rujuk pada 31 Ogos 2023. Pasangan itu berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aurora. - Foto FACEBOOK DIANA DANIELLE

Bagai ‘pisang berbuah dua kali’, mahligai pasangan pelakon, Diana Danielle atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32 tahun, dan suami Farid Kamil Zahari, 43 tahun, di ambang keretakan sekali lagi.

Pada 4 November, Diana menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur bagi pendaftaran rujuk dan memfailkan permohonan perceraian antaranya dengan suami, Farid Kamil, untuk kali kedua. 

Kelihatan ceria dan tenang, Diana hadir memakai jubah hitam bersama peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Sepanjang menuju ke bilik pendaftaran, emosinya kelihatan baik meskipun enggan mengulas apa-apa terhadap pertanyaan lebih 30 media yang menanti di pekarangan mahkamah seawal 8.30 pagi.

Walau bagaimana pun, Diana mengatakan bahawa beliau menyerahkan semua keputusan mahkamah dan mengharapkan yang terbaik.

“Saya hanya berharap yang terbaik. Tidak perlulah panjang-panjang.

“Saya berserah kerana kita hanya mampu merancang dan selebihnya, kita lihat apa yang akan berlaku penghujungnya,” kata Diana dalam satu laporan di BH Online. 

Terdahulu, dalam sebuah video yang dimuatnaikkan ke laman Instagram (IG) Diana, beliau kelihatan sedang membakar surat yang dipercayai pernah diberikan oleh suaminya.

Beliau menyebut bahawa surat itu sudah tiada ruang di dalam hatinya. 

“Surat ‘penipuan’ tiada tempat di dalam hati saya,” singkap Diana dalam bentuk tulisan pada video membakar kertas berkenaan.

Sementara itu, pada hantaran sebelum, Diana menyifatkan Farid sebagai lelaki kejam mahu memanjangkan isu rumah tangga mereka di mahkamah.

Menurutnya, peluang sudah diberikan setelah kedua pasangan itu rujuk kembali pada 31 Ogos 2023 susulan perceraian talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian.

Walau sudah rujuk, keadaan kedua pasangan pelakon itu tidak kembali pulih.

“Jika mahu panjangkan proses perceraian, maka dia (Farid) seorang yang kejam.

“Saya sudah menghabiskan waktu selama setahun untuk memperbaiki dan memulihkan keadaan. Sudah banyak kali kami berdepan dengan ambang keretakan.

“Jika mahu ikat sehingga saya terseksa sampai ke proses hakam, maka dia kejam. Saya tidak ingin lagi dipujuk dan meneruskan perkahwinan ini.

“Niat saya sudah cukup jelas. Tiada lagi yang saya mahukan, selain tidak berada dalam tanggungjawabnya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story pada 3 November.

Melalui hantaran susulan pada 4 November, Diana menegaskan bahawa beliau tidak ingin memberikan sebarang perincian lanjut mengenai kes perceraiannya. 

“Matlamat saya ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sudah dilaksanakan.

“Peguam saya turut hadir di situ bersama saya dan beliau sudah menjawab segala pertanyaan rakan media. 

“Saya rasa tidak perlu untuk saya menambah, jadi saya memilih untuk meninggalkan mahkamah itu dengan tenang. Yang pasti saya nekad untuk bercerai,” jelasnya.

Dalam pada itu, Farid berkongsi ucapan buat Diana sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12 pada 3 November menerusi hantaran di laman Instagram.

Farid memuat naik gambar dipercayai ketika menunaikan solat sunat selepas majlis pernikahannya bersama Diana pada 2012 berserta sekeping kad ucapan.

Sebelum Diana berkongsi kenyataan ingin memfailkan perceraian buat kali kedua, Farid mengakui berlaku perselisihan faham kecil di antara mereka.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11 dan Nur Aurora, sembilan tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg