Menghadapi suami yang kuat bekerja dalam masa yang panjang, ditambah dengan masa berbual dengan kenalan sehingga ke larut malam, bahkan kadangkala sampai ke subuh, sudah menjadi perkara biasa bagi Cik Siti Yohana Suliman, isteri selebriti tempatan, Suhaimi Yusof.

Mahu berleter, tetapi beliau, atau lebih mesra disapa Yana, sering mendapati dirinya akhirnya akan ketawa kerana gelagat Suhaimi yang suka berjenaka biarpun dalam situasi serius.