SPH Logo mobile
Langgan|

Dingdong Dantes, Marian Rivera cetus fenomena cinta dalam ‘Rewind’

Dingdong Dantes, Marian Rivera cetus fenomena cinta dalam ‘Rewind’

Jan 17, 2024 | 5:03 PM

Dingdong Dantes, Marian Rivera cetus fenomena cinta dalam ‘Rewind’

RAIKAN CINTA SEKALI LAGI: Dingdong Dantes (kanan) semarakkan semula dunia perfileman Filipina dengan filem terkini berupa kisah cereka sains romantis ‘Rewind’ bersama isterinya, Marian Rivera.
RAIKAN CINTA SEKALI LAGI: Dingdong Dantes (kanan) semarakkan semula dunia perfileman Filipina dengan filem terkini berupa kisah cereka sains romantis ‘Rewind’ bersama isterinya, Marian Rivera. - Foto STAR CINEMA

Merpati dua sejoli dalam dunia perfileman Filipina, Dingdong Dantes, 43 tahun, dan Marian Rivera, 39 tahun, tidak pernah gagal membuatkan penonton terkesima dengan gandingan serasi mereka dari dahulu lagi.

Cinta layar yang disulam menerusi drama seperti MariMar dan Dyesebel akhirnya terpateri dengan pasangan ini berumah tangga pada 2014 dan kini mempunyai dua cahaya mata.

Setelah lama tidak mendengar tentang perkembangan mereka, akhirnya terhasil filem Rewind yang disambut baik di Pesta Filem Metro Manila (MMFF). Filem itu kini ditayang secara eksklusif di pawagam Golden Village (GV) di Singapura.

Rewind adalah filem cereka sains romantis arahan Mae Cruz-Alviar. Naskhahnya ditulis Enrico C. Santos dan Joel Mercado berdasarkan kisah sebenar yang dilihat sendiri oleh Santos.

Seorang lelaki mengembara masa untuk menyelamatkan hubungan cintanya dengan isterinya.

Dantes menulis di Instagram mengenai kejayaan Rewind apabila MMFF melabuhkan tirainya baru-baru ini:

“Apabila kami menyertai MMFF, saya berdoa agar filem ini mempunyai kekuatan sebagai penyampaian selingkar kisah yang berkesan dan dapat menyentuh hati ramai khususnya di kala kita menyambut Tahun Baru.

“Satu lagi doa saya ialah agar Rewind dapat mengembalikan semarak pada dunia perfileman Tagalog di Filipina dan serata dunia, agar ia kembali pada tempoh kegemilangannya suatu ketika dahulu.”

Beliau juga meninggalkan pesanan manisnya buat sang isteri, Rivera.

“Menceritakan kisah ini adalah satu pemberian Tuhan dan hadiah buat peminat kami. Dengan kami berkongsi Rewind bersama jutaan peminat, ia memenuhi satu misi.

“Mencapai matlamat misi ini bersama dengan kamu isteriku adalah kelebihan yang jarang-jarang berlaku, sesuatu yang saya yakini datang sekali dalam seumur hidup. Saya setulusnya bersyukur diberi pengalaman luar biasa ini dan ia akan sentiasa terpahat khas dalam hati saya,” ujarnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg