Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Carmen Soo main senjata, lari dengan ceongsam sebagai ketua samseng

Oct 01, 2023 | 05:32 AM



Pada usia 45 tahun kini, banyak yang ingin dikenang peragawati dan pelakon kacukan Cina-Serani (mempunyai darah British) kelahiran Kuala Lumpur, Carmen Soo. Beliau memulakan kerjaya sebagai model yang membawanya menjelajah Asia termasuk Singapura, semuda usia 17 tahun.

Kini, Soo rasa bertuah sebab dilibatkan dalam watak mencabar sebagai mama-san (penjaga wanita yang bekerja di bar) bernama Lily yang memerlukannya bertarung dalam adegan aksi, Operandi Gerhana, yang disiarkan di aplikasi mewatch dan wadah penstriman Netflix sejak 25 September.


Ikuti pengalaman Soo, ibu seorang anak perempuan, yang telah menjayakan projek antarabangsa, Crazy Rich Asians, yang menembusi pasaran Hollywood.


Operandi Gerhana adalah terbitan Infinite Studios, arahan Mike Wiluan, dan turut dijayakan Fir Rahman, Cassandra Spykerman dan Jamie Aditya.


Soalan (S): Ceritakan pengalaman anda sebagai Lily.


Soo: Saya adalah Lily, pemilik kelab malam Tropicana. Saya juga ketua samseng wanita yang menggelar diri mereka Dragonflies. Ia diinspirasikan daripada watak geng samseng wanita sebenar pada tahun 1950-an iaitu The Red Butterflies. Mereka berdiri dengan kepercayaan mereka bahawa mereka akan menegakkan hak wanita. Anggota kumpulan ini adalah masyarakat yang bekerja di bar, tak kira pelayan atau pelacur. Mereka saling membantu. Menariknya, kumpulan ini bertahan sehingga tahun 1980-an.

Mereka berada dalam dunia lelaki, sangat bijak, dengan Lily yang pandai mengemudi bicara dan hubungannya dengan ramai lelaki yang menyimpan muslihat. Sangat sukar untuk kekal bertahan. Lily cekal dan bersemangat waja. Dia sentiasa miliki agenda dan tahu dia perlu berbuat sesuatu untuk menyelamatkan dirinya dan wanita lain. Terlalu ramai lelaki ‘gila’ yang dijumpainya.

S: Apakah antara cabaran yang dihadapi?


Soo: Pastinya ada beberapa adegan aksi. Kami dilatih pelakon aksi nekad, Sunny Pang dan pasukannya. Kami belajar cara menumbuk orang dan memegang senjata seperti pistol. Mike pastikan kami dapat menyesuaikan diri dengan keberatan senjata yang digenggam. Yang penting, latihan asas adalah selamat. Bayangkan, Lily selalu memakai ceongsam. Payah untuknya berlari pantas atau merangkak.

S: Apakah yang anda bawa pulang sebagai Lily?


Soo: Kita selalu bayangkan bekerja itu sukar, lebih-lebih lagi apabila perlu bekerja pada waktu yang panjang. Nak hafal dialog lagi. Kita berembun sampai dinihari. Tapi saya seronok bawa watak Lily sebab ia mengajar saya erti kecekalan. Kami berada di Batam untuk membolehkan kami fokus pada peranan kami. Saya sentiasa tertanya-tanya bagaimana Lily boleh tahan dengan kehidupannya yang sebegini? Terlari-lari daripada lelaki gila dan pihak berkuasa? Siapakah Lily yang sebenar, asal-usulnya? Demi mencapai cita-cita, Lily tekun dan berani. Sebahagian sisi Lily yang sebegini kekal bersama saya. Susah nak luputkan walaupun setelah penggambaran selesai.

S: Bagaimanakah persiapan anda untuk watak Lily?


Soo: Sekitar tiga atau empat bulan lalu, saya diberikan watak ini dan mula membaca ringkasan ceritanya. Saya tahu saya nak jadi Lily sebab sejak akhir-akhir ini, saya teruja bawa watak wanita bersemangat waja. Watak Lily hidup. Cara dia berjalan dengan memakai ceongsam. Wanita dahulu suka merokok. Saya tak pernah merokok dan perlu belajar demi watak ini. Ia sukar. Hari-hari saya gagal tetapi selepas dua bulan, saya mula selesa. Saya kurangkan tiga kilogram untuk pakai ceongsam dan nampak cantik. Lagi pun, sebagai Lily, yang bergelumang dengan kehidupan malam dan rokok, saya perlu paparkan wajah dan penampilan sebegitu.

S: Pernahkah bawa watak lain yang menggambarkan pemerkasaan wanita?


Soo: Saya baru selesai drama The Iron Heart di Filipina. Ia mengisahkan tentang diri saya yang merupakan ejen jenayah antarabangsa yang ditugaskan menangkap kumpulan pengganas baru di Filipina. Dia adalah wanita yang bersemangat waja dan berurusan dengan penjenayah kelas dunia. Saya juga pernah menjadi Mejar Maya dalam Airforce The Movie, ketua jurutera yang bertanggungjawab memastikan jet pejuang tentera udara selamat digunakan.


S: Apakah perasaan anda dapat mengembara dalam kerjaya sebagai anak seni?


Soo: Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana dapat mengembara sambil bekerja. Saya belajar daripada pelakon lain tentang budaya bekerja di rantauan. Apabila saya membawa watak wanita perkasa, ia membuatkan saya lebih bersemangat. Saya dapat sampai ke bangunan mercu tanda sesebuah negara, tepi pantai atau kota indah dalam kerja seni saya. Bayangkan dahulu, saya tak sangka akan jadi pelakon apabila terfikir, takkan sampai bila-bila nak jadi model. Dari filem ringkas ke teater dan kini terlibat dalam projek pelbagai negara. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >