Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dokumentari ‘Still’ beri aktor kekuatan tangani Parkinson

May 30, 2023 | 02:33 PM



RAMAI akan mengingati pelakon Michael J. Fox sebagai remaja dalam drama Family Ties dan filem Back to The Future.


Namun, Fox, 61 tahun, menganggap dirinya lebih sebagai seekor lipas yang bertahan lama walaupun dipukul berulang kali.

“Susah nak bunuh lipas ni,” selorohnya kepada agensi berita Reuters di ambang terbitnya dokumentari baru Still tentang pergelutan hidupnya dengan penyakit Parkinson.


Menurut Fox, dalam dokumentari ini, beliau dilihat sebagai seorang insan yang kuat dan mampu menangani apa sahaja dalam hidupnya.

Beliau bermula sebagai remaja yang akan membuat urusan mendapatkan pekerjaan lakonan dengan menggunakan telefon berbayar di luar restoran makanan segera. Kemudian dilihat bagaimana beliau menyorok rahsia menghidap Parkinson selama tujuh tahun.

Dokumentari ini menunjukkan sisipan wawancara, filem dan video arkib Fox yang ada dalam simpanannya.

“Dokumentari ini banyak menceritakan tentang pengalaman hidup dengan penyakit kronik dan menemui sesuatu yang anda boleh jadikan penawar, memberikan anda harapan tentang diri anda yang sebenar,” katanya lagi..

Filem ini bermula dengan lakonan semula Fox bangun di tengah malam selepas keluar berjalan-jalan dengan jari-jarinya menggeletar. Beliau kemudian minum arak dan cuba menyembunyikan keadaan tangan kirinya sewaktu menjalani penggambaran program komedi Spin City.


Pada 1998, beliau mengumumkan keadaannya dan berkempen untuk mencari penawar. Dalam dokumentari ini, Fox tidak menyembunyikan tanda-tanda penyakitnya.

Pihak penerbit ingin mengusulkan beberapa babak disunting atau dipotong, yang menunjukkan badannya menggeletar teruk tetapi Fox enggan berbuat demikian.

“Orang bertanya kepada saya kalau saya menonton semula Family Ties atau Back to the Future, apakah perasaan saya melihat saya muda dan sihat?


“Saya teringat pula tentang ahli tinju Muhammad Ali yang juga menghidap Parkinson. Bagaimana beliau menanganinya? Dahulu, beliau lucu, petah bercakap dan kuat di gelanggang tinju.

.”Saya menghubungi isterinya Lonnie dan saya kata anda perlu beritahu kepada saya bagaimana keadaan Ali apabila dia melihat dirinya di televisyen? Apakah dia sedih atau rindu keadaan dahulu?

“Kata Lonnie, Ali gembira menonton babak aksi gelanggangnya dan akan menonton sepanjang hari,” jelas Fox.

Still, justeru itu, adalah dokumentari penawar yang memberikan Fox ketenangan dan kekuatan tanpa banyak mempersoal keadaan hidupnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >