Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

DOLLA terus perkasa wanita, takluki carta

Aug 13, 2023 | 05:31 AM



Arah tuju kumpulan wanita Malaysia, Dolla, sekitar empat tahun lalu masih menjadi tanda tanya ketika mereka mula bertapak dalam industri hiburan tatkala pandemik Covid-19 mula melanda.

Bahkan, dalam satu temu bual bersama Berita Minggu (BM), empat gadis yang mesra dengan panggilan Sabrina (Sabronzo), Tabby, Angel dan Syasya, juga melahirkan kebimbangan kerana Covid-19 menyekat pergerakan mereka dengan sebilangan besar persembahan tidak dapat diteruskan, sama ada ditunda atau dibatalkan.


Bagaimanapun, tahun demi tahun, Dolla bangkit sebagai kumpulan yang dikenali pengamat muzik segenap lapisan usia. Wajah mereka terpampang di papan ‘billboard’ Times Square di Manhattan sekitar New York, Amerika Syarikat.

Lagu mereka yang kebanyakannya memperkasa wanita menjadi siulan.

Irama Lebaran, Raya Raya Raya, pula sama popularnya dengan lagu Raya malar segar setiap munculnya Hari Raya.


Baru-baru ini, Dolla singgah ke Singapura bagi satu persembahan Pesta Muzik Majulah 2023 di Somerset Skatepark.


Kedatangan mereka ke sini sesudah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Sebelum ini, mereka pemenang Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH 34.

Ketika ditemui BM di pejabat Universal Music Singapore sekitar Odeon Towers, Tabby yang mewakili kumpulannya berkata:

“Sejujurnya, kemenangan di ABPBH adalah satu penghargaan besar sebab ia adalah permulaan yang baik buat kami yang baru melancarkan lagu baru Damelo, yang memiliki campuran bahasa Sepanyol dan Melayu, Damelo, bermaksud ‘berikannya kepada aku’.”


Syasya pula berterima kasih kepada peminat yang sanggup mengundi siang dan malam.

Sabrina pula merasakan selepas empat tahun dalam industri muzik, Dolla belajar untuk memberi dan menerima dalam apa jua urusan kerjaya.

“Sebagai sebuah pasukan, kami perlu tabahkan hati dalam setiap ujian sebagai artis di Malaysia. Kami perlu lebih berdaya tahan dalam menghadapi apa jua kemungkinan. Kami belajar susah payah berinteraksi dengan pihak lain.

“Pandemik adalah tempoh yang sangat mencabar. Maka, apabila kami mula melangkahkan kaki dalam industri ini, kami tidak pasti ke mana arah tuju kami. Banyak perkara yang perlu kami perhatikan.

“Yang paling mencabar adalah situasi kami perlu membendung diri dan berhati-hati sebab pandemik sedang melanda. Bagaimana nak bertemu teman-teman saya yang lain? Susah nak bikin rakaman bersama atau bertemu di studio. Ia satu proses yang panjang.

“Alhamdulillah, selepas Covid-19, segalanya bangkit semula perlahan-lahan,” jelas Sabrina.

Dolla yang kadangkala diberi julukan ‘Spice Girls Malaysia’ pula tidak mahu perhatian mereka tertumpu pada dunia nyanyian sahaja. Mereka lantas itu melancarkan minuman vitamin sendiri, Vita Doll By Dolla.


Kata Tabby yang menyifatkan setiap daripada mereka sebenarnya pendiam dan keluar dari kepompong:

“Kami ingin usahakan sesuatu di luar bidang muzik. Kami rasa inilah yang akan memperkukuh jenama kami lagi. Ia satu projek eksperimental dan kami bercadang memperluaskannya pada produk lain kelak.”

Apabila ditanya produk apa lagi yang ingin dihasilkan, masing-masing mempunyai pilihan seperi pembayang mata, lilin dan ‘lightstick’.


Banyak di fikiran empat dara ini untuk menebarkan sayap seni mereka. Damelo merupakan usaha mendekati peminat yang memahami bahasa Sepanyol di luar negara. Ada juga usaha memperkenalkan generasi muda dengan muzik legenda sebagaimana yang dilakukan dalam program khas yang mengundang bintang ‘otai’ seperti Amy Mastura dan Ramlah Ram.


“Banyak yang kami pelajari daripada legenda ini dari segi cara mereka melayan peminat dan kerendahan hati,” jelas Syasya.

Apa yang diharapkan pada masa akan datang adalah agar wanita di luar sana dapat diperkasa dengan lagu-lagu Dolla.

Mereka juga berharap dapat bekerjasama dengan artis Singapura seperti Iman Fandi yang dianggap berkongsi label rakaman dan boleh jadi anggota Dolla kelima.

“Ada pelbagai kemungkinan bekerjasama dengan artis lain tetapi rasanya Iman Fandi pilihan yang baik sebab beliau memiliki cita rasa muzik yang nampak selari dengan Dolla. Lagu-lagunya juga memperkasa wanita,” tambah Syasya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >