SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dolla tetap ‘Here4U’ biarpun kini bertiga

Dolla tetap ‘Here4U’ biarpun kini bertiga

Jun 24, 2024 | 5:30 AM

Dolla tetap ‘Here4U’ biarpun kini bertiga

Dolla
Lagu, ‘Here4U’ adalah penghormatan dan tanda terima kasih Dolla kepada mereka yang menyokong kumpulan itu dari permulaan perjalanan seni mereka. - Foto SPOTIFY

Satu janji yang ingin dilaksanakan dan tanda terima kasih atas sokongan padu yang diberikan selama perjalanan seni Dolla.

Itulah mesej kumpulan wanita asal Malaysia itu menerusi lagu terkini mereka, Here4U, yang dikeluarkan baru-baru ini.

Lagu baru yang dilancarkan selepas pemergian anggota keempatnya, Syasya, pada awal 2024, menampilkan hasrat Dolla untuk terus mendekati peminat biarpun mereka kini bergerak sebagai trio.

Kumpulan Dolla kini terdiri daripada Sabronzo, Tabby dan Angel.

Kali ini, Tabby selaku penulis lirik dan penggubah lagu bersama Putri Dalia, Hyuk Shin dan Chris M Yong

Ada unsur-unsur lagu K-Pop yang kedengaran dalam penampilan lagu ini, terutama sekali bahagian yang dinyanyikan Tabby.

Ia mengingatkan penulis tentang gaya sama yang ditampilkan oleh kumpulan K-Pop, BTS, dalam lagu-lagu mereka.

Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kumpulan itu pernah digelar sebagai Blackpink Malaysia, dengan gaya nyanyian, tarian dan penampilan mereka yang jelas mencerminkan genre itu.

Dalam kenyataan dari Universal Music Malaysia, Dolla menggambarkan ‘Here4U’ sebagai satu bentuk dedikasi mereka kepada peminat yang dikenali sebagai iDolla, ahli keluarga serta semua yang bersama mereka sejak bermulanya perjalanan seni kumpulan itu pada 2019.

Malah, Syasya sendiri, atau nama penuhnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, dalam kemunculannya di stesen radio Malaysia, ERA, tidak menafikan beliau masih tetap mengikuti perkembangan rakan-rakannya itu dan terus menyokong mereka.

Bagi penulis, biarpun lagu ini tidak begitu meninggalkan kesan mendalam, ia bagaikan satu ikrar yang Dolla akan terus berusaha menampilkan yang terbaik buat peminat tatkala ia membuka lembaran baru untuk bergerak bertiga.

Penulis ialah pensyarah media di Politeknik Ngee Ann yang sedang menjalani program pembelajaran industri di Berita Harian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg