Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dua nama, Nadeera dan Waode, disebut-sebut juarai ‘Big Stage 5’

Peraduan realiti Astro bakal labuh tirai Ahad dengan harapan kerja seni finalis tidak terhenti
Jul 03, 2023 | 05:21 PM



Pejam celik, peraduan realiti bagi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU), Big Stage (Musim 5), bakal sampai ke penghujungnya pada Ahad ini.


Sudah dapat diramalkan siapa yang akan merebut takhta juara dan berada di puncak jaya sebagaimana yang dinikmati peserta empat musim Big Stage sebelum ini iaitu Sarah Suhairi, Han-Byul, Azzam Sham dan Elica Paujin.


Melihat pada prestasi peserta pada Ahad lalu di peringkat separuh akhir, Nadeera Zaini, 30 tahun, dan Waode Heni Andraini, 26 tahun, dari Indonesia, berada dalam kedudukan yang baik untuk bergelar juara.

Namun, tiada yang boleh menafikan bahawa Putera Muhammad, 30 tahun, dan kumpulan duo Korea Selatan, Hoondoo, juga boleh merebut takhta itu daripada Nadeera dan Waode seandainya mereka beri 200 peratus pada persembahan peringkat akhir.

Sementara itu, dua finalis lain yang lama-kelamaan berupaya menunjukkan taring mereka dalam persembahan, iaitu Puteri Khareeza, 25 tahun, dan Aufahanie, 20 tahun, dianggap sebagai peserta Big Stage 5 yang menunjukkan banyak kemajuan dalam pertandingan.


Ingin tahu apakah penilaian Berita Harian mengenai setiap seorang daripada enam peserta berikut?


NADEERA: SEMANGAT JUANG DIPUJI


Sudah banyak peraduan yang disertai Nadeera tetapi belum ada peraduan yang dapat benar-benar menyerlahkan namanya sebagai penyanyi yang berpotensi besar menguasai pasaran muzik Melayu serantau.

Gandingannya dengan seorang lagi bakat BBNU sensasi, Khai Bahar, membuktikan Nadeera adalah anak seni yang tidak mampu diketepikan bakatnya.

Lagu Syamel dan Ernie Zakri yang diubah susunannya menjadi lebih gah, Aku Cinta, dengan muzik skala orkestra, menampakkan keupayaan Nadeera sebagai bintang muda yang boleh digilap dan memiliki keupayaan berduet dengan sesiapa sahaja.


Ramalan penulis Nadeera boleh bergelar juara tetapi diharapkan kalau takhta itu menjadi miliknya, pendengar muzik akan dapat memberi sokongan kepada bakat luar biasanya itu dan tidak setakat memandang dari paras rupa atau penampilan.

Sebabnya, beliau adalah ‘powerhouse’ yang boleh menyanyi pelbagai irama lagu dengan pesanannya sampai ke hati penonton.

WAODE BAWA JIWA DALAM PERADUAN


Bakat Indonesia ini memiliki pakej wajah, suara dan penampilan anggun.

Beliau juga menjadi pilihan sebilangan warganet untuk meraih gelaran juara Big Stage 5 kerana keupayaan vokalnya yang kerap kali dianggap sempurna dan sedap didengar telinga.


Semasa bergandingan dengan Liza Hanim bagi lagu Aina Abdul, Sepi, Waode dapat menghayati isi lagu berkenaan sehingga Aina yang tampil selaku juri tetap juga terpaut dengan versi yang disampaikan.


Ajai menganggap Waode sebagai penyanyi yang tahu untuk setarakan persembahannya dengan rakan duet sehinggakan tiada yang kelihatan ingin mengatasi satu sama lain.

Hanya kerisauan yang sering berlaku adalah apabila Waode menyanyikan lagu Inggeris di mana penguasaan bahasa dan sebutannya kedengaran kurang jelas. Kekurangan ini bagaimanapun diatasi dengan beliau mengemukakan emosinya yang ketara sampai ke hati penonton.

HOONDOO: DUO BAWA TERBANG KE ALAM K-POP


Dalam bab padu suara, dua jejaka Korea Selatan ini memang terhebat.

Mereka mewujudkan magis dalam setiap lagu yang didendangkan. Apabila berduet dengan Marsha Milan bagi lagu Adele, When We Were Young, mereka benar-benar dapat kuasai pentas bahkan membawa pendengar terbang ke alam K-Pop yang mengasyikkan.


Hoondoo mungkin hanya tewas dengan Nadeera dan Waode dari segi vokal yang kadangkala tidak begitu konsisten mutu kelunakannya. Penjiwaan mereka memang hebat khususnya apabila menyanyikan lagu Korea.

PUTERA MUHAMMAD BOLEH BERJAYA ASAL TAK SILAP LANGKAH


Sejak empat atau lima minggu lalu, Putera Muhammad menarik perhatian juri dan penonton dengan memberi kesegaran pada setiap lagu yang didendangkan termasuk yang asalnya dinyanyikan penyanyi wanita.

Beliau memiliki karisma pentas dan keyakinan diri serta keberanian mencorak iramanya sejajar dengan konsep yang dilakar di minda.

Sayangnya, pada Ahad lalu, Putera, yang berduet dengan Ara Johari bagi lagu Siti Nurhaliza dan Judika, Kisah Ku Inginkan, ada masalah ‘pitching’ suara. Ada yang ‘terbabas’ dari landasan rasanya.


Jika Putera kembali pada peringkat akhir dengan aliran tenaga baru, pastinya beliau tiada masalah untuk menduduki tiga tangga teratas Big Stage 5.


AUFAHANIE MULA NAMPAKKAN ‘TARING’


Semangat peserta termuda ini untuk buktikan keupayaannya menjadi ‘sweetheart’ muzik Melayu Nusantara begitu menyerlah.

Juri akur nada suara Aufahanie tidaklah setinggi peserta lain seperti Waode dan Nadeera tetapi beliau kelihatan bijak mengatur strategi untuk memastikan setiap lagu yang dibawanya sesuai dengan vokalnya.

Gandingannya dengan Naqiu bagi lagu Berakhirlah Pencarianku disifatkan sebagai yang terbaik pernah disajikan di pentas Big Stage oleh Aufahanie.


Aina sampai kata: “Roh Aufa benar-benar keluar dalam persembahan kali ini. Aufa bukan bertindak selamat tetapi syabas kerana bertindak bijak kerana memahami suaranya ringan dan hanya perlu sedap didengar bukan dilontar pada nada terlalu tinggi.”

PUTERI KHAREEZA ADA GAYA


Bukan sebarang orang boleh bawa lagu ‘hip-hop’ Aman RA, Bangun, dengan bertenaga. Sedangkan ketika menonton Aliff Aziz dan Aweera bertarung menyanyikan lagu ini di pentas akhir Gegar Vaganza 8 (GV8) pun, agak tercungap kelihatannya.


Namun, Puteri Khareeza yang bergandingan dengan Sophia Liana berjaya membuktikan beliau memiliki faktor X untuk bawa lagu lasak ini dengan jiwa wanita yang berani.

Selebihnya, Puteri Khareeza adalah penyanyi muda yang berkebolehan besar untuk membawa pelbagai genre muzik kerana kesediaannya mencuba sesuatu yang baru.

Kalau pun beliau tidak menduduki tiga tangga utama, beliau yang sudah menyanyi sejak kecil masih mampu diketengahkan ke persada seni Nusantara sebagai bakat pelapis berpotensi besar.

Peringkat akhir ‘Big Stage 5’ disiarkan di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) mulai 9 malam Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >