Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Big Stage 5: Penyingkiran tidak matikan semangat bahkan buka peluang emas buat Farhan teroka pasaran M’sia

Jun 12, 2023 | 12:53 AM



Perjalanan peserta Singapura yang mewakili negara ke pentas Big Stage (Musim 5), Farhan Shah, terhenti di minggu keenam peraduan pada Ahad.

Setelah menyanyikan lagu yang menggambarkan semangat perjuangan untuk terus bertahan walau apa jua dugaan yang datang iaitu Fighter, Farhan terpaksa akur dengan keputusan juri tetap, Ajai dan Aina Abdul, yang menggunakan kuasa Imuniti X untuk mengekalkan duo Dem Lepak Boyz yang mendapat undian terendah peminat dan menyingkir Farhan.


Seorang lagi peserta di tiga tangga terbawah, Firdaus Rahmat, yang menerima markah terendah 61.33 peratus, pula terselamat daripada penyingkiran. Farhan mendapat markah 64 peratus manakala Dem Lepak Boyz menerima 70.67 peratus.

Ketika mengulas keputusan tersebut dalam program Buzz Big Stage selepas peraduan, Farhan menjelaskan beliau seakan sudah menjangkakan akan tersingkir pada minggu keenam.


“Dalam hati berkata-kata...macam sampai masanya sejak Aina beri saya markah 39 peratus. Saya ingat saya sudah sampaikan semampu saya tapi tak pasti apa silapnya. Walau apa pun, saya terima apa jua keputusan juri...hati masih tak sedap selepas Dem Lepak Boyz dikatakan tersingkir. Takkanlah sebab mereka memang bagus,” katanya.

Farhan bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang tidak putus-putus memberinya dorongan sejak detik awal beliau melahirkan hasrat menceburi bidang seni.

Menurut Farhan, kumpulan peminatnya atau Farhandals yang hadir dengan kain rentang di Dewan Auditorium MBSA setiap minggu rata-rata adalah warga Malaysia dan bukan orang Singapura yang perlu menyeberangi Tambak.

“Farhan anggap penyingkiran ini bukan hari terakhir tetapi hari pertama bagi Farhan memulakan kerjaya seni di Malaysia. Farhan berjanji akan berikan yang terbaik dan menghasilkan lebih banyak lagu untuk pasaran Nusantara, baik Singapura, Malaysia atau Indonesia. Insya-Allah,” ujarnya.

Farhan yang sebelum ini pernah memasuki Singapore Idol (Musim 3) dan membawa pulang beberapa pingat emas untuk Kejuaraan Seni Pementasan Sedunia (WCOPA) di Hollywood sekitar Los Angeles, Amerika Syarikat, dengan dua rakannya, pula secara jujur berkata beliau sebenarnya tidak mengetahui lagu Ku Akui yang ditugaskan juara Singapore Idol, Taufik Batisah, untuknya dendangkan jika mara ke minggu ketujuh.


“Saya tak pernah dengar lagu itu. Kalau berjaya ke pusingan selanjutnya, memang saya ingat nak dengar lagu ini betul-betul sampai tertidur malam ini,” kongsinya.

Walau apa pun, Farhan telah memberi yang terbaik sebagai wakil pertama Singapura ke pentas Big Stage 5. Moga usaha Farhan untuk berkarya secara lebih aktif dalam menjana karya yang bermutu tidak terhenti di sini. Syabas kerana usaha selama enam minggu.

Farhan disifatkan sebagai rakan sepentas yang baik hati dan prihati. Kata seorang lagi peserta Big Stage, Aufanie: “Beza usia saya dengan Abang Farhan ialah 12 tahun. Dia seorang abang yang penyayang dan ambil berat tentang kami. Dia akan tanya khabar atau beri galakan kalau dia tahu saya bersedih kerana sesuatu persembahan..”

Tiga peserta dengan markah tertinggi pada minggu keenam adalah Waode (95.67 peratus); Putera Muhammad (95 peratus) dan Nadeera Zaini (93.33 peratus). Waode dari Indonesia malah mencipta sejarah dengan menerima markah 100 peratus daripada Aina.

Pada Ahad, Datuk Seri Rossa menyertai panel pengadil sebagai juri undangan manakala Aeril Zafrel pula membacakan komen warganet sebagai Presiden Netizen.

Nota: Big Stage 5 disiarkan setiap Ahad pada 9 malam di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >