Biarpun bidang pengacaraan bukan sesuatu yang baru bagi Raihan Yacob, beliau mempelajari kemahiran dan memperolehi pengetahuan baru apabila menggalas tanggungjawab sebagai penerbit-penyiar sepenuh masa di stesen radio, Ria 897, pada awal 2024.

Naib juara pertandingan, Suara Juara: The Star Voice 2023, berkata banyak perubahan yang beliau lalui seperti mengubah cara perbualannya yang lebih santai menjadi lebih lancar dan profesional semasa di udara.