Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

eBay mahu potong 1,000 pekerjaan, kurangkan kontrak

Jan 25, 2024 | 5:30 AM
HADAPI TEKANAN: Syarikat beli-belah dalam talian, eBay, mempunyai rancangan untuk mengurangkan bilangan pekerjanya.
HADAPI TEKANAN: Syarikat beli-belah dalam talian, eBay, mempunyai rancangan untuk mengurangkan bilangan pekerjanya. - Foto REUTERS

Wadah beli-belah dalam talian, eBay, akan mengurangkan kira-kira 1,000 pekerjaan, atau sekitar 9 peratus daripada tenaga kerja semasanya, kata syarikat itu pada 24 Januari.

“Sedang kami membuat kemajuan dalam strategi kami, jumlah keseluruhan dan perbelanjaan kami telah melebihi pertumbuhan perniagaan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif eBay, Encik Jamie Iannone, dalam surat yang dikongsi dengan pekerja.

“Bagi menangani perkara ini, kami sedang melaksanakan perubahan pertubuhan yang menyelaraskan dan menyatukan pasukan tertentu demi meningkatkan pengalaman dari hujung ke hujung, dan lebih memenuhi keperluan pelanggan kami di serata dunia,” tambah beliau.

Sebagai tambahan kepada pemberhentian kerja, syarikat itu juga akan mengurangkan bilangan kontrak dalam tenaga kerja alternatifnya dalam beberapa bulan akan datang, tambah Encik Iannone dalam nota itu.

Februari lalu, eBay mengumumkan rancangan untuk memberhentikan 500 pekerja di seluruh dunia, mewakili 4 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya.

Pemberhentian kerja itu berlaku di sebalik gelombang tekanan pada syarikat teknologi Amerika Syarikat.

Ini menyusuli pengambilan pekerja secara besar-besaran oleh industri semasa wabak, termasuk dalam kalangan syarikat gergasi teknologi seperti Amazon dan Google.

Minggu lalu, Google memberhentikan ratusan pekerja dalam pasukan jualan pengiklanannya.

Sebelum itu, Amazon memberhentikan beberapa ratus pekerja dalam operasi penstriman dan studionya dan 500 pekerja di platform penstriman videonya, Twitch. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg