Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Elijah Wood bawa impak besar walau muncul seketika dalam ‘The Monkey’

Feb 24, 2025 | 5:32 PM
Elijah Wood tidak kekok bahkan memberi impak dalam lakonannya sebagai Ted, seorang jurulatih keibubapaan, dalam filem seram komedi, ‘The Monkey’.
Elijah Wood tidak kekok bahkan memberi impak dalam lakonannya sebagai Ted, seorang jurulatih keibubapaan, dalam filem seram komedi, ‘The Monkey’. - Foto AFP

Peranan Elijah Wood dalam filem arahan Osgood Perkins, The Monkey, mungkin seketika tetapi penuh dengan kenangan manis yang sangat beliau hargai.

Rakan pelakonnya dalam filem tersebut, Colin O’Brien, turut menghargai kehadirannya dalam filem seram komedi itu.

Dalam satu wawancara bersama laman web, ScreenRant, O’ Brien, 17 tahun, menjelaskan seorang pelakon lain sepatutnya membawa watak bapa tirinya yang bernama Ted, tetapi Wood, 44 tahun, dilibatkan dalam filem itu pada saat-saat akhir bagi membawa watak berkenaan.

“Apabila kami dikerahkan menjalani penggambaran bagi satu babak, seorang pelakon lain sepatutnya menjadi bapa tiri saya tetapi apabila Osgood menyedari bahawa Elijah Wood akan berada di Vancouver bagi sidang melibatkan pelbagai pelakon popular, Comic-Con, beliau bercadang memberinya skrip filem, The Monkey, seandainya dia berminat menjayakannya.

“Elijah membaca skrip itu dan berminat melakonkan watak itu walaupun adegannya tidak banyak. Beliau langsung menggantikan pelakon asal,” katanya.

The Monkey adalah berdasarkan buku tulisan, Stephen King, dan menggabungkan komedi dan kisah seram, seperti mana kerja-kerja lain.

Sepasang kembar menemui semula boneka monyet yang menjadi permainan mereka sewaktu kecil.

Perkara itu berlaku selepas beberapa pembunuhan ngeri terjadi di kejiranan mereka.

Perkins yang menulis dan mengarah filem itu lebih dikenali kerana filem seram jenayah, Longlegs, yang mendapat pujian pada 2024.

Kali ini, beliau berjaya menjadikan, The Monkey, filem yang menarik, hanya dengan kehadiran Woods, yang sebelum ini merupakan pelakon ikonik francais filem, The Lord of the Rings.

Menurut O’Brien lagi, Wood cukup melucukan ketika menggalas amanah sebagai penulis dan jurulatih keibubapaan dalam filem The Monkey.

“Ada satu babak di mana terdapat banyak buku dan poster yang menampilkan wajah Ted (Wood).

“Wajah Wood diimbas dan dalam masa beberapa hari, wajahnya tertera pada papan poster dan kulit muka buku-buku ini. Memang peranannya sangat menarik,” ujar O’Brien.

Wood dikatakan suka membawakan watak yang mengheretnya keluar dari zon selesa.

Beliau berani mencuba dan memberi yang terbaik dalam filem ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg