Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Elly Mazlein janji tak ‘demand’ setelah menang Pengacara TV Popular

Aug 03, 2023 | 12:18 PM



Sepanjang perjalanan selama 25 tahun, terlalu banyak gelora kehidupan yang perlu dilalui artis serba boleh, Elly Mazlein, 43 tahun, tetapi berjaya diatasi sehingga berada pada tahap hari ini.

Sukar dicatat satu persatu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, berdepan zaman kegemilangan sebagai penyanyi dan pelakon, kemudiannya menghilangkan diri seketika dan kembali dengan semangat baru.

Biarpun bukan laluan mudah dan ada masanya timbul tenggelam, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom akhirnya mampu ‘mewarnai’ karakter sebagai penghibur sehingga menawan semula hati peminat.

Mula mencuri hati bila menggalas tanggungjawab sebagai pengacara, wanita kelahiran Slim River, Perak itu akhirnya kian selesa mengendalikan pelbagai acara dan program hiburan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Ternyata, karakternya lebih menyerlah sebagai pengacara sehingga akhirnya mampu menggenggam trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, baru-baru ini.

Mengenang perjuangannya selama 25 lima tahun, empangan air matanya pecah sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang, mengalahkan nama besar lain seperti Alif Satar, Hawa Rizwana, Sherry Alhadad dan Janna Nick.

Siapa sangka malam kemuncak ABPBH 35 memahat memori cukup indah, apatah lagi, kali pertama menerima pengiktirafan sepanjang bergelar anak seni.

“Momen ini takkan saya lupakan sampai bila-bila. Ia kenangan cukup indah dan bermakna sepanjang hidup kerana saya sudah menantikan detik ini selama 25 tahun.

“Ini juga umpama mimpi jadi kenyataan. Selama ini, tipulah jika saya tidak berasa sedih apabila tewas dan gagal membawa pulang trofi, apabila membolosi kelompok Top 5.

“Mulut cakap tidak mengapa sambil memujuk diri ada rezeki pada masa depan. Namun, jauh di sudut hati pasti terbit juga rasa sedih.

“Tetapi, kesedihan bukanlah sampai tahap kecewa, sebaliknya terus menyuntik semangat untuk buat yang terbaik,” katanya.

Penyanyi yang pernah menempa nama menerusi lagu Usah Ditambah Bara Tersimpan dan Janji Kekasih itu berkata beliau tidak menaruh harapan ketika menghadiri malam kemuncak ABPBH 35, sebaliknya sekadar untuk memeriahkan acara, selain meraikan rakan industri yang berjaya mencipta kegemilangan.


“Jujurnya, saya menyerahkan sepenuhnya nasib kepada rezeki,” ujarnya.

Walaupun lebih seminggu kenangan indah berlalu, namun, Elly akui, masih belum boleh ‘move on’ dengan kemenangannya.


Malah, katanya, kemenangan itu tidak sesekali membuatkannya lupa diri dan bersikap ‘demand’ atau meminta harga tinggi daripada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat lakonan atau pengacaraan daripadanya.


“Bukan mudah mendapatkan kepercayaan peminat untuk mengundi. Bayangkan, saya terpaksa menanti selama 25 tahun.

“Saya perlu sedar diri dan ruang, kerana industri kita tidak sebesar Hollywood. Saya juga kena berfikir secara realistik dan sikap ‘demand’ mampu meranapkan usaha selama ini. Bagi saya, asalkan upah diterima setimpal dengan tuntutan kerja, itupun sudah memadai.”


“Lagipun, saya lebih suka memikirkan jangka masa panjang dan situasi menang-menang,” katanya.

Elly berkata beliau tetap meneruskan perjalanan kerjaya selagi khidmatnya diperlukan.

“Insya-Allah, saya akan tetap meneruskan perjalanan ini tanpa putus asa. Saya berterima kasih kepada bapa, arwah ibu dan suami, Mohamad Azlan Che Nuh yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya.

“Tak lupa kepada peminat yang sentiasa menyokong usaha saya,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >