Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Elly Mazlein rimas dengan perangai budak-budak artis dengki

Jan 10, 2024 | 12:04 PM
ELLY MAZLEIN: Anggap perangai sebar fitnah sesama artis untuk menjatuhkan atau kerana iri hati dengan rezeki rakan seni lain seperti perangai budak-budak.
ELLY MAZLEIN: Anggap perangai sebar fitnah sesama artis untuk menjatuhkan atau kerana iri hati dengan rezeki rakan seni lain seperti perangai budak-budak. - Foto INSTAGRAM ELLY MAZLEIN

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh yang popular, Elly Mazlein, berpandangan soal rezeki dan kejayaan yang diraih tidak seharusnya mencetuskan persaingan berunsur dengki apatah lagi menyebarkan andaian yang tidak tepat berhubung rakan sesama industri.

Jelasnya, pemain industri seni tempatan sedar ruang permainan yang ada tidak sebesar mana dan seharusnya rakan sesama artis saling menyokong antara satu sama lain agar wujud keharmonian.

“Dunia seni kita ini tak besar mana untuk kita nak jadi orang yang bersifat toksik. Ada yang cuba memecahbelahkan antara peminat. Jangan jadi budak-budak. Move on (teruskan kehidupan).

“Percaya kepada rezeki. Jadilah seorang yang matang. Saya bukan hebat sangat. Jauh lagi perjalanan mahu jadi hebat itu. Tetapi saya usaha.

“Inikan lubuk rezeki untuk semua orang. Sama-sama kita raikannya. Sama-sama kita nikmati rezeki yang Tuhan kurniakan. Masing-masing ada rezeki mereka sendiri,” ujarnya kepada laman web Utusan Malaysia.

Menganggap dirinya masih hijau, pelakon dan pengacara yang cukup terkenal dengan nama, Kak Lina Pom Pom itu juga menolak agenda penyebaran fitnah yang akhirnya boleh menjatuhkan nama baik seseorang.

“Kenapa tidak kita saling sokong-menyokong? Sampai bila nak sindir-menyindir, meluahkan pendapat yang boleh menjatuhkan fitnah? Itukan akhirnya membawa padah kepada diri kita sendiri.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu belanga. Jangan kita jadi manusia yang suka memecahbelahkan sesiapa. Peminat juga saling menyokong antara kami, setiap satu ada keunikan dan identiti,” ujarnya.

Pelakon drama, Kampung People, itu sebelum ini pernah terkait dengan spekulasi kononnya disindir seorang rakan artis yang kurang senang dengan gelagat dan cara pengacaraan yang disifatkan terlalu gedik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg