Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lina Pom Pom masih buat warganet teka-teki

Astro hormati keputusan Elly Mazlein undur diri dari program realiti, sudi terima jika beliau kembali
Oct 17, 2023 | 05:30 AM



Selepas menarik diri daripada set All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Elly Mazlein atau dikenali dengan nama pentas Kak Lina Pom Pom membuat satu hantaran emosi di Instagram pada Ahad malam, hari pertama ramai tidak melihatnya di pentas peraduan realiti itu.


Menurut Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, keputusan tarik diri daripada program realiti itu adalah untuk berasa lebih tenang dan gembira, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) Online.


Perkongsiannya itu juga menarik perhatian warganet yang tertanya-tanya siapakah individu yang dilabel sebagai tidak berhati perut dan ego sehingga ‘menghukum’ orang lain hanya untuk dilihat sebagai yang lebih baik.

Dalam hantaran tersebut, Elly berkata: “Kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita... Sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang ‘is shaking’ (yang tergugat) buat kerja dengan lebih selesa. Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki. Allah sudah susun baik untuk kita semua.


“Mengalah tidak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” kata Elly yang meraih trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-35, Julai lalu.

“Kita sudah elok senyap, member pulak ‘menggelitat’ nak kita cakap benda busuk bangkai ni. Dunia, dunia... Menghukum orang tak habis-habis supaya diri nampak terpaling baik...Makin serlah kelucuan ini,” tambahnya.


Elly turut meninggalkan pesanan kepada individu terbabit supaya berpijak di bumi nyata.

“Dulu kini dan selamanya walaupun sehebat mana, kurangkan hidung tinggi... Ingat asal usul,” katanya.

Apabila ditemui BHM, penerbit ASGV, ketua saluran Astro Ria, Warna dan Prima, Cik Norzeha Mohd Salleh menafikan pengunduran Elly Mazlein sebagai pengacara program realiti itu ada kaitan dengan isu ketidakserasian dengan dua lagi hos iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Cik Norzeha berkata pihaknya memberi kebebasan kepada Elly mencorakkan gaya pengacaraan di pentas.

“Kami tidak pernah halang Elly untuk menjadi apa sahaja watak yang dia selesa di atas pentas.

“Gimik minggu kedua dibuat atas keselesaan Elly atau Kak Lina Pom Pom sebagai cubaan menghiburkan penonton.

“Mengenai isu ketidakserasian… Wallahualam, itu saya tidak pasti,” katanya pada sidang media selepas selesainya konsert minggu keempat program realiti pada 15 Oktober 2023 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sebelum ini, isu ketidakserasian Elly dengan Nabil dan Jihan, selain dakwaan dihalang membawa watak Kak Lina Pom Pom yang pernah dikecam warganet, dikatakan menjadi punca Elly menarik diri daripada mengemudi program realiti itu.

Biarpun mengakui terasa kehilangan Elly daripada ASGV, Cik Norzeha berkata Astro akur dan menerima keputusan dibuat artis serba boleh itu dengan hati terbuka.

“Secara emosi mungkin terganggu sedikit tetapi kita harus profesional. Jadi, apa sahaja emosi yang datang sama ada daripada pihak penerbitan atau sesiapa sahaja, kita ‘move on’.

“Perhatian sepatutnya kita beri kepada barisan peserta yang tinggal sehingga pentas akhir. Saya fikir semua pihak terasa kehilangan (Elly), tetapi pada masa sama, kita hormati keputusan beliau,” katanya.

Ditanya pendirian Astro jika Elly mahu kembali kepada ASGV, Cik Norzeha berkata pihaknya sedia menerima Elly pada bila-bila masa. Sementara itu, mengulas hantaran yang dibuat Elly di Instagram, Cik Norzeha menganggap perkongsian itu terlalu umum untuk ditafsirkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >