Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat anak lahir secara pembedahan, penyanyi Adira Suhaimi elak hamil lagi

Sep 26, 2023 | 9:31 AM
TIDAK MAHU HAMIL LAGI: Adira Suhaimi memutuskan ‘tutup kilang’, atau tidak mahu hamil lagi, atas faktor kesihatan dan keselamatan diri.
TIDAK MAHU HAMIL LAGI: Adira Suhaimi memutuskan ‘tutup kilang’, atau tidak mahu hamil lagi, atas faktor kesihatan dan keselamatan diri. - Foto BHM

KUALA LUMPUR: Selepas empat kali melahirkan anak melalui pembedahan atau Caesarean, penyanyi Adira Suhaimi memutuskan ‘tutup kilang’ atau tidak mahu hamil lagi atas faktor kesihatan dan keselamatan diri.

Adira, yang atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32 tahun, memilih untuk menjalani proses Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau proses mengikat salur peranakan bagi mengelak mengandung.

Keputusan itu dibuat atas nasihat doktor dan persetujuan bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu.

“Saya sebenarnya mahu beranak sebelum usia 30 tahun. Alhamdulillah, dipermudahkan dan saya bersyukur sudah mempunyai empat anak, iaitu dua perempuan dan dua lelaki.

“Jadi, atas nasihat doktor dan persetujuan suami, saya sudah ‘ikat’. Saya tidak mahu ambil risiko.

“Saya tidak rasa terkilan kerana rancang begitu. Saya tidak tahu orang lain, kali terakhir saya mengandung pada usia 30 tahun, tenaga sudah berbeza,” katanya kepada BH Online.

Adira berkata beliau mahu memberi fokus untuk membesarkan empat anak yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

“Saya tidak mahu apabila anak sudah besar, tiba-tiba nak tambah lagi, biarlah mereka membesar bersama.

“Macam saya, ada lapan adik-beradik dan umur masing-masing tak jauh beza, jadi kami membesar bersama.

“Sekarang, alhamdulillah saya ada pembantu. Tetapi tidak semua perkara kita serah kepadanya.

“Biarpun ada pembantu, menjadi ibu tetap nombor satu,” katanya ditemui pada majlis pelancaran single baru duet bersama Khai Bahar berjudul Pejam di sebuah hotel di ibu negara, Jumaat lalu.

Adira tidak menafikan selepas empat kali melahirkan anak, ia memberi kesan kepada kualiti vokal. Malah, jangkitan Covid-19 dan Influenza turut dipercayai memberi impak tersendiri.

“Saya fikir semua itu bergantung kepada faktor usia. Saya tidak nafikan selepas lahirkan anak, ia beri kesan.

“Apabila dijangkiti Covid-19 dan influenza pun boleh semput. Saya menyanyi pun kadang-kadang ‘ke laut’.
“Jadi, saya buat latihan pernafasan, yoga dan sebagainya,” katanya.

Adira dan Datuk Seri Adnan berkahwin di di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, enam tahun, Asan, lima tahun, Anggun, empat tahun, dan Ayob yang kini berusia satu tahun. – BH Online.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg