Pengguna Berdaftar
Siapa JUARA antara JUARA sembilan musim GEGAR VAGANZA?
Persaingan sengit dijangka dengan curahan kreativiti bintang mapan dengan gaya menawan
Sep 24, 2023 | 5:30 AM
Sewaktu peraduan realiti Gegar Vaganza (GV) mula diperkenalkan pada 2014, ramai bintang veteran atau yang sudah lama menyepi diundang pihak Astro Ria untuk menyertainya bagi memulakan satu gerakan baru dalam industri hiburan Melayu.
Saya ingat juara GV (Musim Pertama), Ayai Ilusi, dalam satu wawancara awal bersama Berita Minggu (BM), memberitahu saya beliau menyertai program itu tanpa menyedari ia merupakan satu peraduan yang sengit. Ia merupakan satu percubaan buatnya yang tidak menjangkakan apa-apa sehinggalah diumumkan sebagai pemenang musim tersebut, disusuli dengan Haleeda sebagai naib juara dan Mamat Exists sebagai pemenang tempat ketiga.
Laporan berkaitan
Aliff, Hady masuk gelanggang All Stars Gegar VaganzaAug 30, 2023 | 3:29 PM
Ramalan, harapan peminat setia GVSep 22, 2023 | 3:41 AM

