Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Engku Emran sambut baik kehadiran suami Erra Fazira

Dec 16, 2025 | 3:27 PM
Engku Emran, MR E, Ezwan Zain, Erra Fazira, Engku Aleesya
Bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran Zainal Abidin (kiri) membuat perkongsian hantaran fotonya bersama Ezwan Zain, atau Mr E, di akaun Instagram ketika mereka bertiga menghantar anaknya, Engku Aleesya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - Foto INSTAGRAM ENGKU EMRAN

KUALA LUMPUR: Bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran Zainal Abidin, 50 tahun, berkongsi kegembiraan dengan Ezwan Zain atau Mr E, 44 tahun, yang juga suami baru kepada pelakon wanita itu serta bapa tiri anaknya, Engku Aleesya, 16 tahun.

Engku Emran membuat perkongsian hantaran fotonya bersama Ezwan di akaun Instagram (IG) ketika mereka bertiga menghantar Engku Aleesya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Welcome to the family, Mr E. (Selamat datang dalam keluarga kami, Mr E). Senang sekali akhirnya dapat berjumpa dengan bapa tiri Aleesya.

“Aleesya ditawarkan tempat untuk menghadiri kursus pendek di Oxford United Kingdom (UK) selepas grednya yang baik dalam Sijil Am Antarabangsa Pendidikan Menengah (IGCSE).

“Jadi kami bertiga menghantarnya di lapangan terbang KLIA pagi semalam,” tulisnya pada kapsyen dua foto yang dimuat naik menerusi hantaran di IG miliknya itu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan warganet yang mengikuti Emran mendoakan agar Aleesya terus meraih kejayaan dalam pendidikannya di luar negara, lapor Beria Harian Malaysia (BHM).

Terdahulu, Engku Emran dan Erra Fazira pernah berkahwin pada 2007, namun mereka sah bercerai pada 2014.

Hasil perkongsian hidup bersama selama tujuh tahun itu, Engku Emran dan Erra Fazira dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

Erra Fazira yang sudah 10 tahun berstatus ibu tunggal selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Ezwan, dalam majlis yang berlangsung di Subang, Selangor, pada 12 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg