Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selamat layari bahtera perkahwinan, Erra Fazira, Ezwan Zain

Dec 12, 2025 | 1:00 PM
Erra Fazira, 51 tahun, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44 tahun, dengan sekali lafaz pada 9.20 pagi tadi (12 Disember).
Erra Fazira, 51 tahun, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44 tahun, dengan sekali lafaz pada 9.20 pagi tadi (12 Disember). - Foto SINAR HARIAN

SUBANG: Selepas dua tahun berkenalan, primadona filem Melayu, Erra Fazira, 51 tahun, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44 tahun, dengan sekali lafaz pada 9.20 pagi tadi (12 Disember).

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohd Sabirin Noordin, dalam suasana penuh barakah di ruang acara Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang.

Pada majlis berkenaan, Ezwan menyerahkan mas kahwin berupa 24 dinar emas kepada Erra, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Mempelai tampil anggun dalam persalinan rona biru lembut, masing-masing tersenyum sebaik sahaja lafaz akad nikah disahkan.

Terdahulu, kedua-dua mempelai diiringi anak masing-masing ketika memasuki ruang acara. Ezwan yang segak berbaju Melayu diiringi anak perempuannya, Dania Sofia, manakala Erra diiringi puteri kesayangannya, Engku Aleesya Engku Emran, dengan alunan selawat dipimpin Raqib Majid.

Ketika ditanya pengacara majlis mengenai perasaannya, Erra hanya tersenyum sebelum menjawab ringkas:

“Gembira,” katanya.

Keunikan terserlah apabila dulang hantaran pasangan itu dihias kreatif di dalam talam dan dibawa menggunakan tandu, manakala mas kahwin ditampilkan dalam bentuk pokok ufti.

Majlis pernikahan berlangsung dalam suasana tenang dengan tetamu hadir mengenakan pakaian rona putih sebagai simbolik kesucian dan kesederhanaan.

Pasangan itu bakal diraikan dalam dua majlis resepsi berskala kecil, pada 13 Disember dan 27 Disember ini di lokasi berbeza.

Sebelum ini, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan vokalis KRU, Datuk Yusry Abdul Halim, namun, bercerai pada 2006 selepas tiga tahun berkahwin.

Erra kemudian berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.

Ezwan pula sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata.

Siaran langsung majlis pernikahan pasangan itu turut disiarkan menerusi platform YouTube Kasi Onz.

Erra Fazira, 51 tahun, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44 tahun, dengan sekali lafaz pada 9.20 pagi tadi (12 Disember).
Erra Fazira, 51 tahun, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44 tahun, dengan sekali lafaz pada 9.20 pagi tadi (12 Disember). - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg