Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Esma Daniel henti merokok selepas serangan angin ahmar

Dec 20, 2023 | 11:10 AM



HULU KLANG: Pelakon Esma Daniel, 55 tahun, yang berdepan dengan situasi getir diserang angin ahmar pada 11 November, mengambil keputusan berhenti merokok.


Justeru, selepas menjalani rawatan ‘trombektomi endovaskular’ iaitu kaedah rawatan terkini mengeluarkan darah beku yang tersumbat dalam saluran di otak, Esma sudah lebih sebulan meninggalkan tabiat merokok.

“Sebenarnya, saya dikenali dengan gaya hidup aktif. Namun, pada masa yang sama, saya merokok dan ada masalah darah tinggi.

“Jadi, walaupun kita aktif, apabila tidak dihindari (rokok), ia menyebabkan saya diserang angin ahmar.

“Ini memberi kesedaran kepada saya (agar) meninggalkan tabiat merokok. Saya boleh diserang strok kali kedua kerana rokok. Memang ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi kita harus berusaha lebih baik untuk menjaga kesihatan kita.

“Selepas terkena serangan strok itu, saya terus nekad berhenti merokok. Alhamdulillah, saya sudah lebih sebulan bebas daripada rokok,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada 18 Disember.


Pada November, Esma yang juga bekas juara Hero Remaja edisi 1990/1991 terkena serangan angin ahmar sebaik sahaja melakukan rutin larian selepas makan malam bersama isterinya, Cik Nur Atira Mazlan, 31 tahun.


Berkongsi situasi ketika itu, Esma berkata pada mulanya, beliau menyedari keadaannya berbeza apabila tangan kirinya tidak mampu mengangkat gelas sebelum wajah senget sebelah.

“Secara tiba-tiba, saya rasa tangan kiri tidak dapat angkat gelas. Isteri juga tengok muka saya agak senget. Apabila saya cuba bangun, kaki kiri terlalu lemah hingga hampir tumbang dan disambut isteri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Esma yang juga Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pencipta Kandungan Kreatif Digital Malaysia (DCAM) dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.

Melalui jawatankuasa dipengerusikan pelakon Zed Zaidi itu, Esma bersama lapan individu lain iaitu Profesor Datuk Seri Ahmad Musa So, Datuk Seri Dr Teh Chee Teong, Datuk Fyzal Fauzy, Datuk Mohd Banuri Aris, Datuk Shahrul Nizam Yunos, Khalil Saleh, Zahrin Ishak dan Kismah Johar akan berkhidmat membantu penggiat industri kreatif yang ditimpa kesusahan.

Penubuhan Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri adalah daya usaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada penggiat industri kreatif dengan lebih sistematik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >