Formula Satu (F1) bukan hanya menonton aksi di Litar Jalan Raya Marina Bay.

Sempena Perlumbaan GP F1 Singapura 2026, pelbagai acara dan sesi bertemu pelumba kegemaran anda akan berlangsung di sekitar Singapura dari sekarang hingga minggu perlumbaan.

Jika anda mahu merasai bahang F1 tanpa perlu berada di dalam litar, berikut adalah beberapa lokasi dan acara yang boleh dikunjungi.

Peminat Alex Albon berpeluang bertemu pemandu Williams itu pada 6 Oktober, 7.30 malam, di pop-up Quadrant di Bugis+.
Peminat Alex Albon berpeluang bertemu pemandu Williams itu pada 6 Oktober, 7.30 malam, di pop-up Quadrant di Bugis+. - Foto Instagram ALEX_ALBON

1. Beramah mesra dengan Alex Albon

Peminat Alex Albon berpeluang bertemu pemandu Williams itu menerusi ‘pop-up’ khas Quadrant di Bugis+ dari 6 hingga 11 Oktober.

Alex dijadualkan hadir pada 6 Oktober, 7.30 malam, untuk sesi soal jawab ringkas bersama peminat.

Pada masa sama, koleksi pertama Quadrant hasil kerjasama dengan pemandu F1 itu turut dilancarkan secara eksklusif di ‘pop-up’ berkenaan.

Bagi peminat pasukan Williams pula, Atlassian Williams F1 Team Fan Zone di Marina Square berlangsung dari 5 hingga 13 Oktober.

Selain melihat kereta pertunjukan bersaiz sebenar dan membeli barangan khas edisi terhad Singapura, peminat juga boleh bertemu Alex pada 7 Oktober, 8.30 malam.

Peminat boleh bertemu pemandu HAAS, Ollie Bearman, di pop-up VETRESKA di ION Orchard pada 6 Oktober dari sekitar 4 hingga 6 petang.
Peminat boleh bertemu pemandu HAAS, Ollie Bearman, di pop-up VETRESKA di ION Orchard pada 6 Oktober dari sekitar 4 hingga 6 petang. - Foto VETRESKA

2. Temui Ollie Bearman di pop-up VETRESKA

Pemandu F1 Ollie Bearman akan buat kemunculan khas di ‘pop-up’ VETRESKA di ION Orchard pada 6 Oktober, sempena kempen baharu jenama itu Fast Life. Reimagined.

‘Pop-up’ yang berlangsung dari 3 hingga 11 Oktober itu turut menampilkan Circuit Collection – koleksi berinspirasi F1 yang menggabungkan elemen sukan permotoran dengan barangan untuk haiwan peliharaan.

Peminat boleh bertemu Charles Leclerc menerusi Puma Own Your Speed di 313@Somerset atau di acara Ray-Ban Beyond The Track di CQ @ Clarke Quay.
Peminat boleh bertemu Charles Leclerc menerusi Puma Own Your Speed di 313@Somerset atau di acara Ray-Ban Beyond The Track di CQ @ Clarke Quay. - Foto fail

3. Nak jumpa Charles Leclerc? 7 Oktober tarikhnya

Pemandu Ferrari itu akan bertemu peminat menerusi kempen Puma Own Your Speed di 313@Somerset, sebelum tampil di acara Ray-Ban Beyond The Track di CQ @ Clarke Quay pada 5 petang.

Kemunculan di Clarke Quay adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai, dengan pelbagai aktiviti untuk peminat termasuk pameran kereta Ferrari SF-23, simulator F1 dan cabaran pit stop.

Peminat juga boleh meninggalkan pesanan khas buat Charles menerusi ‘message wall’, selain menyertai pelbagai aktiviti berkaitan F1 di lokasi Puma di 313@Somerset dan VivoCity.

Pemandu McLaren, Lando Norris, juga dijadualkan membuat penampilan di PUMA VivoCity pada 7 Oktober, sebagai sebahagian daripada kempen Puma Own Your Speed.

Peminat boleh bertemu pemandu Visa Cash App Racing Bulls Liam Lawson, Arvid Lindblad, di WEAVE, Reworts World Sentosa ataupun di ION Orchard pada 7 Oktober.
Peminat boleh bertemu pemandu Visa Cash App Racing Bulls Liam Lawson, Arvid Lindblad, di WEAVE, Reworts World Sentosa ataupun di ION Orchard pada 7 Oktober. - Foto RESORTS WORLD SENTOSA

4. Dekati pemandu Visa Cash App Racing Bulls di dua lokasi

Peminat juga boleh melihat kereta lumba Visa Cash App Racing Bulls secara dekat di WEAVE, Resorts World Sentosa, menerusi Festival of Thrills.

Pameran ‘show car’ berlangsung sehingga 12 Oktober, manakala pada 7 Oktober, peminat terpilih berpeluang bertemu pemandu Visa Cash App Racing Bulls Liam Lawson, Arvid Lindblad, Ketua Pasukan Alan Permane dan Ketua Pegawai Eksekutif Peter Bayer.sekitar 7 malam.

Sesi tersebut memberi peluang bergambar, mendapatkan tandatangan dan mendengar perkongsian mengenai kehidupan dalam dunia F1.

Kedua-dua pemandu itu juga dijadualkan membuat penampilan di The Trackside: Tudor di ION Orchard pada 6 petang sebelum mereka ke WEAVE, Resorts World Sentosa.

Peminat Audi Revolut boleh bertemu pelumba Nico Hülkenberg dan Gabriel Bortoleto di Funan pada 7 Oktober.
Peminat Audi Revolut boleh bertemu pelumba Nico Hülkenberg dan Gabriel Bortoleto di Funan pada 7 Oktober. - Foto ADIDAS

5. Temui pasukan pemandu Audi di Funan

Funan bakal menjadi lokasi tumpuan peminat pasukan F1 Audi Revolut pada 7 Oktober, apabila pelumba Nico Hülkenberg dan Gabriel Bortoleto dijadualkan membuat penampilan.

Selain berpeluang melihat kedua-dua pemandu Audi itu, peminat boleh kunjungi ruang kolaborasi Audi dan adidas, yang menampilkan Audi R26 Showcar serta Audi RS 5.

Pameran kereta itu berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober.

Peminat boleh mengambil gambar bersama kereta lumba W17 pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS di pusat beli-belah Raffles City.
Peminat boleh mengambil gambar bersama kereta lumba W17 pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS di pusat beli-belah Raffles City. - Foto RAFFLES CITY SINGAPORE

6. George Russell dan Kimi Antonelli singgah di Orchard

Di Raffles City Singapore, peminat boleh mengunjungi ‘pop-up’ adidas x Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team yang menampilkan kereta lumba W17, simulator perlumbaan dan koleksi khas, termasuk koleksi Vanda Bloom yang direka sempena perlumbaan Singapura.

Kalau anda mahu temui kedua-dua pemandu Mercedes, pada 8 Oktober, George Russell dan Kimi Antonelli dijadualkan membuat penampilan di adidas Brand Centre Orchard.

Pemandu McLaren, Oscar Piastri bakal tampil bersama Zak Brown dalam McLaren Racing Live: In Conversation di Sands Theatre, Marina Bay Sands, pada 7 Oktober, 7.30 malam.
Pemandu McLaren, Oscar Piastri bakal tampil bersama Zak Brown dalam McLaren Racing Live: In Conversation di Sands Theatre, Marina Bay Sands, pada 7 Oktober, 7.30 malam. - Foto MARINA BAY SANDS

7. Oscar Piastri di McLaren Racing Live

Peminat McLaren boleh melihat pemandu McLaren, Oscar Piastri secara langsung di pentas McLaren Racing Live: In Conversation bersama Ketua Eksekutif McLaren Racing, Zak Brown, di Sands Theatre, Marina Bay Sands, pada 7 Oktober, 7.30 malam.

Kedua-dua mereka akan berkongsi pengalaman mereka dalam dunia F1, termasuk perkembangan musim ini, persaingan di tahap tertinggi sukan dan masa depan McLaren.

Jenama gaya hidup +44 yang dimiliki pemandu Ferrari, Lewis Hamilton membuat kemunculan sulung di Asia Tenggara menerusi pop-up di The Shoppes, Marina Bay Sands, dari 5 hingga 11 Oktober.
Jenama gaya hidup +44 yang dimiliki pemandu Ferrari, Lewis Hamilton membuat kemunculan sulung di Asia Tenggara menerusi pop-up di The Shoppes, Marina Bay Sands, dari 5 hingga 11 Oktober. - Foto +44

8. Koleksi eksklusif +44 Marina Spaceport

Jenama gaya hidup milik pemandu Ferrari. Lewis Hamilton, membuat kemunculan sulung di Asia Tenggara menerusi ‘’pop-up di The Shoppes, Marina Bay Sands, dari 5 hingga 11 Oktober.

Peminat boleh mendapatkan koleksi eksklusif Plus44 Marina Spaceport, hasil kolaborasi dengan artis Singapura Jahan Loh.

Tak dapat tiket ke litar? Jangan khuatir, pelbagai acara dan sesi bertemu pelumba F1 akan berlangsung di sekitar Singapura.

Jadi, sama ada anda peminat F1 atau sekadar mahu menikmati kemeriahan minggu perlumbaan, pastikan anda tidak terlepas acara-acara ini di sekitar Singapura.