Topik diikuti
Pergi ke BHkuPanduan lengkap F1 Singapura 2026: Tip pengangkutan, penginapan dan persediaan
Adakah anda merancang untuk tonton Perlumbaan Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) Singapura 2026?
Perlumbaan bakal berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober di Litar Jalan Raya Marina Bay.
Peminat boleh menjangkakan hujung minggu yang penuh dengan aksi perlumbaan selain hiburan menarik termasuk persembahan dari penyanyi terkenal seperti Lana Del Rey, The Killers dan juga JJ Lin.
Buat julung kalinya, ‘F1 Sprint’ atau perlumbaan pecut jarak dekat akan diadakan di sini!
Jika berkesempatan, rancang perjalanan anda lebih awal dan luangkan masa beberapa hari sebelum perlumbaan untuk menikmati pelbagai aktiviti dan pengalaman yang dianjurkan oleh pasukan-pasukan F1 sepanjang minggu perlumbaan.
Di mana anda patut menginap?
Walaupun penginapan berhampiran Marina Bay membolehkan anda berada dekat dengan lokasi perlumbaan, harga bilik boleh menjadi lebih tinggi sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Sebagai pilihan lebih menjimatkan, pertimbangkan kawasan seperti Bugis, Chinatown atau Orchard, yang menawarkan lebih banyak pilihan penginapan serta akses mudah ke stesen MRT.
Anda tidak semestinya perlu memilih penginapan dalam jarak berjalan kaki dari litar.
Memilih hotel, hostel atau penginapan lain yang berhampiran stesen MRT boleh membantu menjimatkan kos, di samping memudahkan perjalanan anda di sekitar Singapura.
Jika bersama rakan, berkongsi bilik juga pilihan bijak yang boleh membantu mengurangkan kos bagi setiap individu.
Berikut beberapa pilihan penginapan yang boleh dipertimbangkan:
- The Ritz-Carlton, Millenia Singapore - 7 Raffles Avenue, Marina Bay, Singapura 039799
- PARKROYAL COLLECTION Marina Bay - 6 Raffles Boulevard, Singapura 039594
- Pan Pacific Singapore - 7 Raffles Blvd, Singapura 039595
- Wyndham Singapore Hotel - 3 - 5 Coleman Street, Singapura 179804
- lyf Funan Singapore - 67 Hill Street, Level 4 Funan, Singapura 179370
- ST Signature Bugis Middle - 21 Middle Road, Singapura 188931
- YOTEL Singapore Orchard Road - 366 Orchard Road, Singapura 238904
Gunakan pengangkutan awam di sekitar Singapura
Pengangkutan awam seperti MRT merupakan antara cara paling mudah untuk bergerak di Singapura.
Sepanjang hujung minggu perlumbaan, beberapa jalan akan ditutup dan kesesakan dijangka berlaku di sekitar Litar Jalan Raya Marina Bay.
Anda boleh rancang perjalanan lebih awal untuk berjalan kaki dari stesen MRT yang terdekat hingga ke pintu masuk litar.
Anda juga perlu bersedia untuk banyak berjalan, jadi pakai kasut yang selesa.
Selain membawa kipas mudah alih kerana cuaca panas, jangan lupa juga membawa payung lipat, sekiranya hujan!
Pilihan makanan halal sekitar litar
Bagi pengunjung Muslim, terdapat beberapa pilihan makanan halal di sekitar kawasan Litar Jalan Raya Marina Bay.
Dalam kawasan litar:
Esplanade
- Makansutra Gluttons Bay, Syifa’ Satay – 8 Raffles Avenue #01-15 Singapura 039802 (Bersebelahan Esplanade)
- Makansutra Gluttons Bay, Noah Bazaar – 8 Raffles Avenue #01-15 Singapura 039802 (Bersebelahan Esplanade)
Luar kawasan litar:
Suntec City (East Wing)
- Kopi & Tarts – 3 Temasek Boulevard, #01-648, Singapura 038983
- Sukiya – 3 Temasek Boulevard, #01-647, Singapura 038983
Millenia Walk
- VietSmith – 9 Raffles Boulevard, #01-88/89/90, Singapura 039596
- Tim Hortons – 9 Raffles Boulevard, #01-86/7, Singapura 039596
Marina Square
- Yi Zun Noodle – 6 Raffles Boulevard, #02-103, Singapura 039594
- MAKAN MAKAN Restaurant by D’Penyetz Group – 6 Raffles Boulevard, #02-110 Singapura 039594
- CHIC-A-BOO – 6 Raffles Boulevard, #03-147/148, Singapura 039594
Funan
- Wok Hey – 107 N Bridge Road, B2-K01, Singapura 179097
- Saap Saap Thai – 109 N Bridge Road, #B1-33, Singapura179097
- Qi Ji – 107 N Bridge Road, #B2-12, Singapura 179105
Hayati kemeriahan F1 sebelum perlumbaan
Jika anda tiba di Singapura lebih awal sebelum hujung minggu perlumbaan, apa kata mulakan pengalaman F1 anda terlebih dahulu?
Pameran F1 kini berlangsung di Gardens by the Bay sehingga 18 Oktober 2026.
Pameran yang membuat kemunculan sulungnya di Asia itu membawa pengunjung menelusuri lebih tujuh dekad sejarah F1, termasuk kereta lumba ikonik, barangan memorabilia, paparan interaktif dan simulator perlumbaan.
Pameran ini terletak di Gardens by the Bay.
- 18 Marina Gardens Drive, Gardens by the Bay, Singapura 018953
- Setiap hari dari 11 pagi hingga 9 malam
Sama ada anda datang khusus untuk menyaksikan GP atau menggabungkan kunjungan itu dengan percutian, buat rancangan anda awal supaya ia boleh membantu anda menjimatkan kos, mengurangkan masa perjalanan yang tidak perlu dan memanfaatkan sepenuhnya kunjungan anda ke Singapura.
Anda tidak perlu menginap di sebelah litar untuk menikmati kemeriahan hujung minggu F1.
Pilih penginapan berhampiran stesen MRT, rancang perjalanan, terokai pilihan makanan halal di sekitar bandar dan luangkan masa mengunjungi Pameran F1 sebelum perlumbaan bermula.
Jumpa anda di Perlumbaan GP F1 Singapura di Litar Jalan Raya Marina Bay!

