Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BIG STAGE MUSIM 5

Farhan di tangga kelima Big Stage, bukti mampu bawa ‘Dari Mata’ terus ke hati juri

Ikuti bagaimana prestasi peserta Singapura, Farhan Shah, di pentas Big Stage 5.
May 22, 2023 | 04:24 PM



PADA minggu pertama peraduan Big Stage (Musim Kelima), wakil Singapura, Farhan Shah, berada di tangga paling rendah dan hampir disingkirkan.


Minggu lalu, berbekal lagu Mercy, dendangan asal Duffy, Farhan mampu bangkit ke tangga ketujuh.


Pada Ahad pula, apabila bahang pertandingan kian ‘menggigit’, Farhan yang sebelum ini memasuki pertandingan Singapore Idol dan pernah terbang ke Hollywood untuk Kejuaraan Seni Pementasan Sedunia (WCOPA) berjaya memukau perhatian pengadil pula dan berada di tangga kelima.


Berbekal lagu penyanyi asal Brunei yang popular di Indonesia, Jaz Hayat (Aziz Hayat), Dari Mata, Farhan meraih markah 71 peratus.


Juri tetap Aina Abdul malahan memberikan markah 84 peratus manakala juri jemputan, Ernie Zakri, memberikan 74 peratus buat Farhan. Sebanyak 55 peratus pula merupakan markah yang dicatat seorang lagi juri tetap, Ajai.

Ajai, dalam ulasannya, memberitahu Farhan agar beliau berhati-hati dalam memulakan nyanyiannya dengan nota permulaan yang lebih mantap dan bukannya memikirkan soal kedudukan dan pergerakannya di pentas.

Farhan, 30 tahun, berada di belakang penyanyi Indonesia, Waode (di tangga pertama dengan 90.67 peratus); Putera Muhammad (86.67 peratus); Nadeera Zaini (79.33 peratus); dan kumpulan duo Korea Selatan, Hoondoo (76 peratus).

“Farhan sudah mula selesa di pentas. Dah ‘warm-up’. Jadi kita harapkan sebagai peserta Singapura pertama di pentas Big Stage, dia dapat banggakan negara dengan masuk ke peringkat akhir pertandingan ini yang biasanya mengetengahkan lima finalis.


“Kalau kita boleh berbangga dengan pencapaian Hady Mirza, Aliff Aziz, Hazrul Nizam dan Jatt Ali yang layak ke peringkat akhir Gegar Vaganza, kita pun mengharapkan kejayaan buat anak Singapura di Big Stage,” jelas peminat Farhan, Siti Azlina Ishak, 25 tahun.


Farhan pula bersyukur dapat mempertingkatkan prestasinya dalam pertandingan ini kerana ingin penonton Singapura rasa juga bahang pertandingan dengan adanya wakil dari negara sendiri.

“Tidak mengapa kalau ada kecaman, kata-kata sinis dan lontaran negativiti di media sosial. Saya mengambilnya dengan terbuka hati dan berusaha untuk tidak terjejas dengan komen-komen yang tidak membina dan boleh menjatuhkan semangat,” katanya.

Di media sosial, memang terdapat warganet dan penggiat dunia hiburan yang sesetengahnya begitu lantang memberi komen.

Pengarah Michael Ang masih lagi tidak begitu teruja dengan persembahan Farhan daripada minggu pertama.

Ang menulis di Twitter:

“Farhan mampu membuatkan lagu kegemaran saya menjadi lagu yang saya benci. Benci sangat dengan susunan lagu Dari Mata yang dibuat sebegini. Nyanyian oklah. Tapi cara dia nyanyi ni macam penyanyi kabaret. Tak minat... selanjutnya...”


Farhan berharap dapat memberikan yang terbaik bagi lagu asal Dayang Nurfaizah, Di Pintu Syurga pada Ahad ini.


Sementara itu, Waode Heni Andraini, 26 tahun, terus memukau juri dan penonton.

“Saya berikan pujian. Jadilah seorang penyanyi yang bercita-cita tinggi, bertandinglah seperti tiada hari esok,” jelas Ernie selaku pengadil undangan.

Nota: Big Stage disiarkan di Astro Ria (Singtel TV, Saluran 608) setiap Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >