Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BIG STAGE 2023 (MUSIM 5)

Kejutan buat peserta S'pura Farhan Shah... 'tersingkir' tapi mara

May 09, 2023 | 05:30 AM



BARU bermula, takkan segalanya sudah berakhir?



Itulah tanda tanya dan kekecewaan yang terlintas di fikiran dan memenuhi benak bakat Singapura, Farhan Shah, 30 tahun, ketika diumumkan bahawa beliau adalah peserta Big Stage (Musim 5) yang tersingkir pada minggu pertama peraduan realiti Astro itu pada Ahad.



Beliau mendapat markah paling rendah (37 peratus) dan undian terendah berbanding dua peserta lain di tiga tangga terbawah, Meer Nash dan Isaac Voo.



Bagaimanapun, dalam situasi peraduan realiti yang penuh kejutan, Farhan yang sudah bergenangan matanya terselamat daripada disingkirkan apabila pintu keluar pentas Big Stage tertutup tiba-tiba ketika beliau menuju ke arahnya.



Farhan adalah peserta Singapura pertama yang memasuki Big Stage.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH) pada pagi Isnin, Farhan berkata:



"Sememangnya saya rasa bagaikan mimpi sewaktu ditawarkan masuk Big Stage pada awal Ramadan lalu. Saya teruja bercampur gementar.



"Semuanya berjalan lancar sewaktu latihan. Tapi entah bagaimana saya terlalu gementar, tak biasa berada di pentas segah itu dan terpandang pula penonton yang ramai serta wajah pengadil macam Abang Ajai, Aina, Abang Lah dan Presiden Netizen, Nora Danish.



"Kelu pula nak menyanyi...Tenaga dan semangat macam pudar. Selepas persembahan, saya langsung duduk dalam keadaan hampa di sofa. Tak tahu apa nak kata. Mujur ibu bapa saya datang dari Australia untuk menonton saya dan memandang mereka beri semacam motivasi untuk saya. Kalau ada rezeki, adalah..."



Farhan menyanyikan lagu Sesuatu Janji, dendangan asal Taufik Batisah dan ciptaan bersama Imran Ajmain.



Lagu itu pilihan pihak penerbitan Big Stage. Awalnya, beliau ingin nyanyikan lagunya sendiri, Istimewa, tetapi dimaklumkan ia kurang dikenali dalam pasaran Malaysia.



Cabaran buat Farhan, bekas peserta Singapore Idol 3, adalah apabila beliau diminta merahsiakan penyertaannya daripada pengikut dan peminatnya sehingga hari pertandingan pada Ahad.



"Sebagai artis bebas yang tidak terikat pada label, saya tiada bajet dan pasukan yang besar seperti peserta lain. Saya hanya ada pengurus yang merupakan penata gaya saya juga.



"Ada banyak sesi bergambar dan merakam video yang perlu dibuat. Ada banyak wawancara perlu dikendalikan. Macam banyak benda berada di fikiran.



"Nak dapatkan penaja, jurulatih vokal, undian peminat pun tak dapat dibuat kerana perlu merahsiakan penyertaan saya dalam peraduan ini," tambah Farhan lagi.



Di sebalik segalanya, beliau tetap bersyukur diberi kesempatan untuk meneruskan perjalanannya dalam peraduan ini.



Beliau juga berpeluang memilih lagu bagi konsert minggu kedua iaitu yang sering dinyanyikannya sebelum ini iaitu Mercy, dendangan asal Duffy.



"Daripada pengalaman ini, saya belajar untuk selalu tangkas dan rancang strategi. Pilihan lagu itu penting dan pastikan ia menambah nilai pada persembahan kita.



"Saya lihat ada banyak penghibur dalam peraduan kali ini. Ada yang nyanyi lagu ala-ala Arab atau K-Pop. Semua orang ada kelebihan sendiri.



"Saya sudah 13 tahun berkecimpung dalam industri ini. Saya rasa kalau saya masuk Big Stage sewaktu muda dahulu, pasti lebih kejutan budayanya.



"Saya perlu fikirkan soal pencahayaan, susunan lagu, pakaian dan bermacam perkara lain untuk menyerlahkan persembahan saya.



"Bakat baru lain di Singapura harus rebut peluang memasuki Big Stage yang boleh menjadi lapangan latihan mereka dalam bidang seni. Ada banyak cabaran yang perlu diatasi tetapi saya yakin mereka boleh mengharunginya," ujar Farhan lagi.



Farhan bersaing dengan 12 peserta lain termasuk dari Indonesia dan Korea.



  • Big Stage (Musim 5) disiarkan di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) pada 9 malam.


"Sememangnya saya rasa bagaikan mimpi sewaktu ditawarkan masuk Big Stage pada awal Ramadan lalu. Saya teruja bercampur gementar.



Semuanya berjalan lancar sewaktu latihan. Tapi entah bagaimana saya terlalu gementar, tak biasa berada di pentas segah itu dan terpandang pula penonton yang ramai serta wajah pengadil macam Abang Ajai, Aina, Abang Lah dan Presiden Netizen, Nora Danish.''



- Farhan Shah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >