Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fathia samakan muka Zahirah macam ‘bibik’?

Jan 9, 2024 | 6:56 PM
TIBA-TIBA NAIK ANGIN: Fathia Latiff (kiri) tiba-tiba bingit apabila warganet di TikTok menyatakan wajah Zahirah MacWilson (kanan) lebih cantik daripadanya.
TIBA-TIBA NAIK ANGIN: Fathia Latiff (kiri) tiba-tiba bingit apabila warganet di TikTok menyatakan wajah Zahirah MacWilson (kanan) lebih cantik daripadanya. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO TIKTOK FATHIA LATIFF

Ramai yang hairan dan tertanya-tanya mengapa setelah kisah cinta lama pelakon Fathia Latiff bersama Aiman Hakim Ridza terkubur hampir 10 tahun lalu, buat apa diungkit semula sampaikan dibabitkan isteri Aiman, Zahirah MacWilson, yang tidak bersalah tu?

Kecoh pula warganet di TikTok dan Instagram pada 8 Januari apabila video Fathia, 36 tahun, naik angin dan cari pasal dengan Zahirah, 28 tahun, menjadi tular.

Fathia, pelakon drama ‘berhantu’ Ariana Rose, dikatakan menyamakan wajah Zahirah persis seorang pembantu rumah. Kejadian ini berlaku spontan sewaktu ada warganet yang menyatakan Zahirah lebih cantik daripada Fathia.

Sembang Fathia itu kemudian meleret dan turut menyentuh tentang bibir Zahirah yang dikatakan hasil pembedahan di Australia dan bukannya ciri fizikal semula jadi.

Beliau menegaskan dirinya lebih cantik dan kini timbul pula perbandingan gambarnya sewaktu kecil dengan foto waktu kecil Zahirah di Instagram.

Dalam pada itu, Fathia menjelaskan beliau bersyukur tidak bersama Aiman, 34 tahun, dan pelakon yang dianggap tidak terkenal itu menjadi milik Zahirah.

Dakwanya lagi, namanya pernah dibuang daripada senarai tetamu acara gah jenama besar Versace hanya kerana Fathia dan Aiman bakal hadir pada acara itu.

“Aiman sebenarnya tidak berduit pun. Apa saja yang dia buat? Korang ingat anak Datuk kaya ke? Korang rasa mereka kaya ke? Mereka pun pinjam duit dekat oranglah,” sambung Fathia lagi.

Beliau juga menekankan keyakinannya Zahirah yang hamil dengan anak kedua serta Aiman tidak berani menyamannya sebab mereka ‘loser’.

Tak tahulah nak kata apa apabila Fathia masih lagi membandingkan dirinya dengan Zahirah sambil menyatakan anak pelakon dan penyiar veteran, Zainol MacWilson itu, belum pernah memenangi sebarang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, menjayakan filem atau muncul di lebih 10 kulit muka majalah sepertinya.

Hai, yang sudah tu sudahlah, Fathia. Perkataan yang warganet terlebih pakai memang sesuai iaitu ‘Move On’ (teruskan kehidupan) atau ‘Seek Help’ (dapatkan bantuan). Memang kebebasan anda bersuara. Tapi untuk teruk-teruk mengecam artis lain tentang wajah fizikal atau pencapaiannya yang dikatakan tak seberapa, apakah itu akan membawa manfaat?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg