Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Hannah Delisha akui bukan kacang lupa kulit

Oct 11, 2023 | 04:40 PM



KUALA LUMPUR: Spekulasi bertebaran bagaikan ‘angin kencang’ sebaik bintang jelita, Hannah Delisha, 27 tahun, dan rakan-rakan artis lain meninggalkan syarikat pengurusan mereka baru-baru ini.


Lebih menimbulkan persoalan apabila Hannah bersama Sharnaaz Ahmad, Aiman Hakim Ridza dan isterinya, Zahirah MacWilson, meninggalkan Prodigy Syndrome Management bersama-sama dan mengumumkan tidak lagi berpayung di bawah syarikat pengurusan tersebut menerusi media sosial serentak.

Tindakan meninggalkan syarikat pengurusan serentak pada Ogos lalu seolah-olah memberi gambaran berlaku persengketaan besar sehingga timbul spekulasi mereka tidak berpuas hati dengan soal bayaran.

Berita Harian Malaysia (BHM) Online melaporkan Hannah, pelakon kelahiran Singapura, menafikan spekulasi yang tersebar.


Menurutnya, keputusan untuk keluar daripada syarikat pengurusan dibuat atas persetujuan bersama.

“Kami tidak pernah bersengketa, jauh sekali nak berbalah. Cerita yang sebenarnya adalah syarikat pengurusan berhasrat memberhentikan operasi. Jadi, saya dan rakan artis lain putuskan untuk mengumumkan berita ini dalam media sosial. Tujuannya adalah untuk memaklumkan kepada semua pihak yang ada kaitan dengan kerjaya seni kami.

“Kami sudah tidak bernaung di bawah syarikat pengurusan berkenaan. Ini juga untuk memudahkan tugas kedua-dua pihak dan kami juga tidak mahu terlepas peluang bagi projek akan datang,” katanya.

Mengulas dakwaan wujudnya perselisihan faham, pelakon filem Langsuir itu menepis tanggapan itu.


“Hubungan saya dan pengurus masih baik. Sesekali saya ada juga hubungi untuk bertanya khabar. Cuma, ia tidaklah sekerap sebelum ini kerana saya sudah mempunyai pengurus baru untuk menguruskan kerjaya seni.

“Jujurnya, saya kenang jasa syarikat pengurusan lama kerana saya bersama mereka sejak awal pembabitan dalam dunia seni hinggalah sekarang. Mereka banyak membantu menaikkan nama saya. Saya bukanlah jenis kacang lupakan kulit. Cuma, pengunduran ini dibuat atas persetujuan bersama.

“Mereka mahu bersara dan saya perlu cari payung baru kerana saya masih mencari rezeki dalam bidang seni,” katanya.

Hannah turut memperbetulkan tanggapan sesetengah pihak yang menyangka keputusannya menyertai syarikat pengurusan baru kerana hasutan pihak-pihak tertentu.

“Saya pilih pengurus baru kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Lagipun, pengurus juga bekas kakitangan Prodigy Syndrome Management dan menjaga jabatan drama.

“Apa sahajajob membabitkan lakonan, pengurus yang kendalikan dahulu. Jadi, saya selesa bekerja dengannya yang dikenali sejak sekian lama. Memandangkan kami pernah bekerjasama, jadi saya minta pengurus untuk uruskan saya. Beliau juga berpengalaman. Bukan pengurus cari saya, tetapi saya yang mencarinya,” jelasnya.


Dalam perkara lain, lumrah bagi pasangan suami isteri untuk tidak terlepas daripada soalan perancangan menimang cahaya mata.

Bagi Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pelakon asal Singapura juga, Imam Shah, beliau tidak pernah menolak rezeki pemberian Tuhan.

Bagaimanapun, Hannah mengakui perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu termasuk masalah kesihatan yang dihadapinya sebelum menjadi ibu.

“Jujurnya, saya dan suami tiada halangan menimang cahaya mata. Malah, saya juga teringin sangat. Memang ada merancang, tetapi kalau diberi rezeki awal, kami terima sahaja. Buat masa ini, fokus saya hanyalah pada kerja. Selagi mampu bekerja dan ada permintaan, saya mahu bekerja.

“Setakat ini, tiada sebarang tekanan untuk kami dapatkan anak dengan segera. Keluarga pun sangat memahami. Cuma sebelum menjadi ibu, saya kena selesaikan masalah kesihatan yang saya hadapi,” katanya yang enggan mendedahkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Selepas drama Andai Itu Takdirnya, Hannah berehat panjang sebelum kembali ke lokasi penggambaran drama pada Disember depan.


Hannah juga bakal muncul dengan single baru berentak kabaret yang menyaksikannya berkolaborasi dengan dua penyanyi yang dirahsiakan identitinya buat masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >