Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fattah Amin belajar bahasa Arab untuk bawa watak ustaz

Nov 29, 2023 | 05:33 PM



KUALA LUMPUR: Hampir 10 tahun tidak muncul di slot Akasia, pelakon Fattah Amin kembali menghiasi slot perdana di TV3 itu dengan membintangi drama Islamik, Lelaki Melayu Terakhir, terbitan Erma Fatima.


Menurut Fattah, ketiadaan wajahnya di saluran perdana itu berpunca daripadanya yang bersikap prihatin dalam pemilihan watak.

Sebagai pelakon yang membintangi deretan drama dan filem, Fattah berkata, beliau mengelakkan dianggap pelakon stereotaip.

“Saya perlu selektif supaya peminat tidak bosan apabila kerap membawakan karakter sama seperti terjerat cinta segi tiga atau watak anak orang kaya kepada pemilik syarikat mega.

“Drama, Lelaki Melayu Terakhir, berjaya menarik perhatian kerana buat kali pertama, saya membawakan watak ustaz kelulusan Yaman yang boleh bertutur dalam bahasa Arab.


“Walaupun masih berunsur cinta, tapi jalan cerita menarik kerana saya bukan anak orang kaya dan penggambaran juga bakal diadakan di Makkah dan Madinah,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) Online.


“Bukanlah setiap masa saya perlu bertutur dalam bahasa Arab, tapi ada babak tertentu yang memerlukan saya bercakap bahasa itu.

“Walaupun masih menjalani penggambaran, saya seronok kerana perkongsian sekitar penggambaran drama dapat maklum balas baik peminat yang tak sabar menantikan kemunculan drama ini,” katanya yang ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta dan koleksi baju Melayu Eastana Eksklusif, baru-baru ini.

Ditanya adakah sikapnya yang memilih itu ada kaitan dengan statusnya yang sudah berkahwin.

Fattah tidak menafikan, malah sebagai lelaki berstatus suami, beliau bukan sahaja perlu menjaga perasan isteri yang juga pelakon, Nur Fazura, bahkan perasaan anak dan keluarga.

“Bila sudah berkahwin kita bukan sahaja perlu jaga perasaan isteri, tapi juga anak dan keluarga.

“Saya akan minta pandangan isteri dalam setiap watak ditawarkan. Fazura juga sama.

Setiap apa yang ingin lakukan, Fazura juga akan minta pendapat saya terlebih dahulu kerana kami saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >