Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fauziah Nawi berhasrat buru ijazah PhD

Aug 23, 2023 | 12:44 PM



Selepas beroleh ijazah sarjana dalam bidang lakonan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) kira-kira lima tahun lalu, bintang veteran Malaysia, Datuk Fauziah Nawi bercadang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD) pula.

Sehubungan itu, Fauziah sedang mencari institusi yang sesuai untuk merealisasikan hasratnya itu.

“Selepas terima ijazah sarjana pada 2018, saya pasang impian mendapatkan ijazah kedoktoran. Perasaan apabila dapat pakai jubah dan topi masa majlis tamat pengajian sangat seronok. Malah, jauh lebih indah dan mengujakan berbanding ketika saya terima trofi kemenangan dalam mana-mana acara anugerah.

“Tidak dinafikan banyak halangan apabila orang tua seperti saya hendak sambung belajar.

“Apatah lagi untuk peringkat PhD, pasti lebih sukar kerana membabitkan banyak kerja penyelidikan. Tetapi saya sudah bersedia,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) semasa majlis menandatangani perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dengan Meatech Creative Academy.


Majlis itu menyaksikan Fauziah dan Aziz M. Osman menerima Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy.

Kerjasama antara Meatech Creative Academy dengan Metrowealth International Group (MIG) dengan sokongan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bertujuan membantu pelajar Meatech Creative Academy mengikuti latihan industri di MIG.

Mengulas mengenai kelayakan akademik yang diperolehi, Fauziah yang membintangi telefilem Pondok Buruk mengaku ia membuka peluang rezeki yang lebih besar buatnya.


“Sejak ada sijil kelayakan ini, bayaran serta layanan yang diterima lebih baik sebelum ini.

“Bayaran diterima juga berbeza terutama apabila membabitkan projek kerajaan. Saya banyak berlakon dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan bayaran diterima memang berbeza.

“Sama juga dengan program membabitkan institusi pengajian tinggi. Mereka akan bayar sesuai dengan taraf pendidikan kita. Jika tiada kelayakan, saya dibayar dengan hargatoken’.


“Sekarang kalau ada undangan di luar daerah, mereka akan beri kita tiket kelas perniagaan. Baru saya sedar pentingnya sijil pendidikan apabila berurusan dengan kerajaan,” ujar penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >