Pengguna Berdaftar
Fazura kemuka tuntutan cerai
Langkah pelakon ‘Hero Seorang Cinderella’ ingin tamatkan mahligai dibina 7 tahun, buat peminat sedih
Sep 14, 2024 | 5:30 AM
Keutuhan mahligai yang dibina Nur Fazura Sharifuddin (kiri) dan Fattah Amin (tengah) selepas hampir tujuh tahun bersama menimbulkan tanda tanya apabila Fazura memfailkan perceraian pada 13 September. Bersama mereka ialah anak tunggal pasangan itu, Nur Fatima Aisya. - Foto INSTAGRAM FAZURA
Pesanan WhatsApp menderu-deru saya terima pada tengah hari 13 September daripada rakan sekerja mahupun yang mengikuti perkembangan dunia hiburan serantau.
Jumaat yang disangka berbahagia ternyata merupakan Hari Fattah (Patah) Hati untuk sebilangan daripada mereka yang bersedih dengan berita mengejut bahawa pelakon jelita dan berbakat, Nur Fazura Sharifuddin, telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Laporan berkaitan
Fazura fail cerai terhadap FattahSep 13, 2024 | 2:26 PM
Fattah Amin anggap Fazura ‘satu dalam sejuta’ Jul 11, 2024 | 11:41 PM

