Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fattah Amin anggap Fazura ‘satu dalam sejuta’

Jul 12, 2024 | 3:00 PM
Fattah Amin (tengah) mengakui mahligai yang dibinanya bersama Nur Fazura Sharifuddin (kanan) utuh kerana sikap Fazura yang penyayang. Bersama mereka adalah anak mereka, Nur Fatima Aisya.
Fattah Amin (tengah) mengakui mahligai yang dibinanya bersama Nur Fazura Sharifuddin (kanan) utuh kerana sikap Fazura yang penyayang. Bersama mereka adalah anak mereka, Nur Fatima Aisya. - Foto INSTAGRAM NUR FAZURA

Pelakon tinggi lampai, Fattah Amin, menjelaskan beliau masih mendapat layanan istimewa daripada isterinya, pelakon dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin, biarpun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33 tahun, berkata, Fazura, 40 tahun, ikhlas dalam menjalankan segala hal tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Sudah tujuh tahun dengan dia. Saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka menghargai orang.

“Bukan saya sahaja sebagai suami tetapi orang sekelilingnya. Paling saya terharu adalah sikap pemurah isteri saya sehingga saya raih banyak inspirasi daripada sikapnya itu.

“Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” kata Fattah dalam satu wawancara yang dimuatnaikkan ke YouTube dan dilaporkan Harian Metro Online.

Perkongsian Fattah itu sekali gus menghentikan segala spekulasi yang mendakwa hubungan mereka dilanda masalah sejak kebelakangan ini.

Menurut Fattah, Fazura sentiasa memberikan yang terbaik buat keluarganya termasuk menguruskan perniagaan dan membesarkan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya, tiga tahun.

“Sebagai suami, saya nampak banyak pengorbanan Fazura sebagai isteri dalam keluarga.

“Kalau ikutkan dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja. Namun, dia sama-sama bangunkan perniagaan sekali gus membesarkan anak kami Fatima.

“Itu pengorbanan seorang isteri yang buat saya lagi cintakannya sampai sekarang.

“Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya senduk nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buatkan saya rasa dia ‘one in a million’ (satu dalam sejuta).

“Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada apa sepatutnya. Itu yang buatkan saya menghargainya,” ujar Fattah.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg