Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fazura teruja anak ingin puasa

Mar 2, 2025 | 2:56 PM
Nur Fazura Sharifuddin (kiri) sudah mula menerangkan dan mendidik anaknya, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah, tentang puasa sejak 2024, lantas bersyukur apabila Fatima melahirkan keinginan berpuasa pada tahun ini (2025).
Nur Fazura Sharifuddin (kiri) sudah mula menerangkan dan mendidik anaknya, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah, tentang puasa sejak 2024, lantas bersyukur apabila Fatima melahirkan keinginan berpuasa pada tahun ini (2025). - Foto INSTAGRAM FAZURA

Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, meluahkan rasa teruja apabila anak perempuannya, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah, akan mula belajar berpuasa pada Ramadan ini (2025).

Fazura, 41 tahun, sudah mula mendidik anaknya itu mengenai kewajipan berpuasa sejak tahun lalu (2024).

“Fatima semakin membesar dan mula faham apa itu puasa. Tahun lalu, kami sudah terapkan dan didiknya mengenai kewajipan berpuasa.

“Tapi, masa tu, Fatima baru berusia tiga tahun. Jadi, tahun ini dia lebih memahami dan beritahu nak cuba berpuasa,” jelas Fazura kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Dalam pada itu, sebagai ibu, Fazura turut berasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan Fatima, lima tahun, untuk menunaikan rukun Islam pada usia masih kecil.

“Fatima pun sudah bersekolah sekarang. Jadi, bila balik sekolah mungkin penat.

“Kalau dapat puasa separuh hari pun saya sudah bersyukur,” ujar pelakon filem Dendam Pontianak ini.

Beralih kepada perkembangan kerjaya lakonannya, Fazura berkata, buat masa ini, beliau masih lagi berehat.

“Setakat ini tiada sebarang perancangan untuk berlakon. Selain sibuk dengan urusan bisnes, Fatima pun memang tak boleh nak berenggang dengan saya.

“Jadi untuk tinggalkan Fatima lama-lama, sebulan dua ke luar negara, memang agak sukarlah.

“Tempoh paling lama saya pernah berpisah dengan Fatima adalah tiga malam. Itu pun atas urusan kerja,” ujar Fazura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg