Topik diikuti
Pergi ke BHkuFestival of Thrills 2026: 4 pengalaman menarik di Resorts World Sentosa
Festival of Thrills di RWS tawaran pelbagai kegiatan dari aktiviti keluarga hingga pengalaman seram
Festival of Thrills 2026: 4 pengalaman menarik di Resorts World Sentosa
Adakah anda peminat genre seram?
Teroka Festival of Thrills di Resorts World Sentosa (RWS) dengan pelbagai aktiviti untuk keluarga, kanak-kanak dan peminat Halloween.
1. Bertemu Minions dan watak kegemaran dalam kostum Halloween
Selain Halloween Horror Nights 14, Universal Studios Singapore (USS) menawarkan sambutan Halloween untuk keluarga menerusi Trick or Thrills, yang berlangsung dari 1 September hingga 1 November 2026.
Antara tarikan utama ialah pertunjukan Minions baharu, The Belloween Ball yang menampilkan juga Bride of Monster Bob.
Selain peluang bergambar bersama watak popular seperti Gru, Lucy, Margo, Agnes, Edith dan Minions daripada Despicable Me, pengunjung juga boleh bertemu Kuromi dari Sanrio, Fairy Godmother, Shrek dan Fiona daripada Shrek, serta watak Sesame Street seperti Count von Count, Elmo dan Cookie Monster.
Turut tampil juga di USS ialah Ammu’Khet, Sorceress dan pengawal Anubis.
Pengunjung juga boleh menikmati juadah bertemakan Halloween serta cenderahati eksklusif sepanjang berada di USS.
- Universal Studios Singapore
2. Terokai dunia laut bercahaya
Sebahagian daripada Festival of Thrills, pengunjung boleh menikmati pengalaman berbeza di Oceanarium Singapura menerusi Into the Glowcean, yang berlangsung dari 5 September hingga 1 November 2026.
Pengalaman bertemakan neon itu menampilkan dunia bawah laut yang dihiasi cahaya, warna dan karya seni.
Antara tarikan utama ialah Oceanic Glow, pameran karya artis neon glass pertama Singapura, Megan Foo (@maegzter), yang mendapat inspirasi daripada hidupan marin dan cara haiwan laut dalam menggunakan cahaya sebagai bentuk komunikasi.
Pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan untuk keluarga, termasuk menghasilkan karya seni neon, bengkel membuat keychain berbentuk haiwan laut dalam, aktiviti melukis menggunakan cahaya serta sesi melukis wajah bertemakan hidupan marin.
Kanak-kanak juga boleh menyertai aktiviti trick-or-treat pada waktu tertentu.
Selain itu, pengunjung boleh menyaksikan sesi pemberian makanan khas di habitat Open Ocean, yang menampilkan penyelam berpakaian skeleton.
Pada hujung minggu terpilih sepanjang Oktober, persembahan light painting, biola bercahaya dan tarian turut diadakan.
- Oceanarium Singapura
3. Selesaikan misteri di Adventure Cove
Di Adventure Cove Waterpark, pengunjung boleh menikmati dua pengalaman bertemakan misteri dari 1 September hingga 1 November 2026.
Antaranya ialah Pool Party Panic, yang berlangsung setiap Sabtu malam dan menggabungkan suasana parti kolam renang dengan permainan misteri pembunuhan.
Pengunjung perlu menyiasat tempat kejadian, menyelesaikan teka-teki dan mencari suspek bagi membongkar identiti pelaku.
Pada waktu siang pula, keluarga boleh menyertai Legend Keepers: The Ocean Spirit Awakens.
Peserta perlu ke lima lokasi yang dapat inspirasi oleh legenda tempatan seperti Pulau Kusu, Bukit Merah, Sister’s Island, Radin Mas Ayu dan Temasek.
Dengan panduan Merli the Tide Guardian, mereka perlu menyelesaikan teka-teki dan memulih semula Ocean Spirit sebelum menghadapi cabaran terakhir.
Kedua-dua pengalaman ini termasuk dalam tiket sehari Adventure Cove Waterpark.
- Adventure Cove Waterpark
4. Halloween untuk seisi keluarga di WEAVE
Di WEAVE RWS, pengunjung boleh menikmati aktiviti bertema Halloween untuk seisi keluarga sepanjang Oktober.
Setiap Jumaat dan Sabtu, pengunjung boleh menyertai aktiviti trick-or-treat dengan mendapatkan gula-gula dari kedai-kedai terpilih yang dihiasi dengan dekorasi Halloween.
Keluarga juga boleh bergambar di Frightly Photo Booth dengan perbelanjaan minimum S$80, sebelum menerima gambarnya sebagai cenderahati.
Festival of Thrills berlangsung dari 1 September hingga 1 November 2026 di RWS.

