Topik diikuti
Pergi ke BHkuFestival ‘raksasa’ kembali dengan pelbagai kegiatan mesra keluarga
Festival ‘raksasa’ kembali dengan pelbagai kegiatan mesra keluarga
Festival ‘raksasa’ kembali dengan pelbagai kegiatan mesra keluarga
Kanak-kanak yang suka berlari sambil ‘mengaum’, melukis makhluk pelik atau berpakaian seperti raksasa kecil kini ada tempat untuk terus berimaginasi.
Dari 29 hingga 31 Mei, bangunan The Arts House bakal dipenuhi ‘raksasa’ comel ini menerusi festival keluarga Monstrous Fun 2026.
Acara tahunan anjuran Arts House Group itu menampilkan pelbagai kegiatan mesra keluarga termasuk persembahan interaktif, sesi bercerita, bengkel seni, pesta buku dan perarakan raksasa di sekitar Civic District.
Antara tarikan utama acara itu ialah Monster Parade. Ibu bapa dan anak-anak digalak hadir dengan kostum raksasa masing-masing sebelum berarak bersama Britney the Monster.
Bagi kanak-kanak yang lebih gemarkan kegiatan santai, terdapat sesi seperti Monster Doodles with Ellie Belly, yang mengajar mereka melukis makhluk lucu daripada bentuk mudah, serta Monsters Have Feelings Too!, yang menggabungkan penceritaan dengan sesi kraf patung raksasa.
Festival itu turut memberi peluang kepada keluarga menikmati buku kanak-kanak tempatan menerusi Monstrous Fun Book Fair, dan Read on the Go for Kids, yang menampilkan pelbagai karya sastera Singapura untuk pembaca muda.
Kegiatan Monster Hunt pula menjanjikan pengalaman mencari petunjuk dan menyelesaikan teka-teki secara kreatif dan interaktif.
Kanak-kanak yang menyertai kegiatan itu boleh menerima baucar buku bernilai $3.
Keluarga boleh menaiki Bas Seni percuma untuk ke Civic District, yang beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad antara 15 Mei dengan 7 Jun, dari 12 tengah hari hingga 7 malam.
Ia melalui laluan antara Raffles City dengan Funan dan menghubungkan tempat seni utama termasuk The Arts House dan Esplanade.
Dengan menaiki bas itu, pengunjung boleh menikmati program daripada Festival Seni Antarabangsa Singapura, Musim Kanak-kanak dan Monstrous Fun dengan mudah dalam satu perjalanan.
Untuk maklumat lanjut tentang Monstrous Fun 2026, lungsuri pautan, https://artshousegroup.sg/tah-monstrous-fun
