Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fesyen sederhana serlah keanggunan

Jan 5, 2026 | 3:09 PM
fesyen,  sederhana,    selesa
Keindahan sebenar fesyen bukan terletak pada harga pakaian, tetapi pada cara pemakai menampilkan diri dengan keyakinan dan kesederhanaan. - Foto PNW PRODUCTION

Fesyen salah satu cara manusia mengekspresi diri, membina keyakinan dan menunjukkan personaliti.

Semakin ramai yang mahu mendukung nilai gaya moden yang turut mengekalkan nilai kesopanan.

Dengan pemilihan pakaian yang betul, setiap individu mampu tampil menarik, kemas dan penuh keyakinan tanpa perlu mengorbankan adab serta kesantunan budaya tempatan.

Untuk bergaya dengan bijak, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah kesesuaian pakaian dengan keadaan.

Setiap tempat mempunyai norma berpakaian tersendiri, lapor Berita Harian Malaysia.

Misalnya, pakaian ke tempat kerja seharusnya lebih formal berbanding pakaian riadah atau pakaian santai di rumah.

Memilih pakaian yang sesuai bukan sahaja mencerminkan keperibadian seseorang, malah menunjukkan kepekaan terhadap suasana dan kehendak masyarakat sekeliling.

Selain itu, warna dan potongan pakaian turut memainkan peranan penting dalam memastikan penampilan kelihatan seimbang dan sopan.

Warna yang terlalu garang mungkin menarik perhatian, tetapi jika digayakan secara berlebihan, ia boleh menjejas keselesaan orang sekitar.

Sebaliknya, warna lembut atau neutral memberikan aura lebih profesional dan tenang.

Potongan pakaian juga perlu dititikberatkan.

Gaya longgar atau fesyen yang sederhana kini semakin mendapat tempat kerana ia bukan sahaja selesa, malah tampak elegan dan moden.

Pemilihan aksesori pula perlu dilakukan dengan berhati-hati.

Aksesori yang terlalu banyak atau terlalu besar boleh menenggelamkan keseluruhan penampilan.

Dalam fesyen, prinsip “sedikit lebih baik” sering menjadi panduan kerana kesederhanaan mampu menyerlahkan keanggunan.

Misalnya, jam tangan minimalis atau tudung yang digayakan kemas sudah memadai untuk melengkapkan gaya harian.

Tidak kurang pentingnya ialah penjagaan kebersihan dan kekemasan diri.

Pakaian yang digayakan mungkin cantik, tetapi tanpa penjagaan diri yang baik, penampilan masih kelihatan tidak terurus.

Rambut yang rapi, kasut yang bersih dan bau badan yang menyenangkan adalah ciri asas dalam berfesyen sopan dan bijak.

Bergaya secara sopan bukan sekadar tentang pakaian, malah bagaimana seseorang membawa diri.

Sopan santun, tutur kata yang baik dan tingkah laku beradab menjadi pelengkap kepada penampilan luar yang menarik.

Keindahan sebenar fesyen bukan terletak pada harga pakaian, tetapi pada cara pemakainya menampilkan diri dengan keyakinan dan kesederhanaan.

Oleh itu, bijak bergaya dan kekal sopan bukanlah satu cabaran, sebaliknya satu pilihan.

Dengan memahami prinsip kesederhanaan, kesesuaian dan kekemasan, setiap individu mampu tampil menarik tanpa mengetepikan nilai budaya dan adab.

Fesyen yang baik ialah fesyen bukan sahaja sedap dipandang, malah turut mencerminkan peribadi matang, beretika dan berbudaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg