Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fikry Ibrahim tidak dipaksa kahwin

Feb 14, 2025 | 8:10 PM
Pelakon Malaysia, Fikry Ibrahim (kiri), menjelaskan beliau tidak dipaksa berkahwin dengan Khalizah Alihan dan sebenarnya stres memikirkan tanggungjawab barunya sebagai suami.
Pelakon Malaysia, Fikry Ibrahim (kiri), menjelaskan beliau tidak dipaksa berkahwin dengan Khalizah Alihan dan sebenarnya stres memikirkan tanggungjawab barunya sebagai suami. - Foto INSTAGRAM BERITA HARIAN MALAYSIA

Mengapa Fikry Ibrahim buat muka 10 sen? Kena paksa kahwin ke?

Itulah antara pertanyaan netizen apabila melihat foto Instagram pelakon Malaysia berusia 31 tahun itu yang bernikah senyap-senyap pada 12 Februari.

Bagaimanapun, Fikry menjelaskan di aplikasi TikTok beliau tidak dipaksa kahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, 37 tahun, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, berkata ketika itu, banyak perkara yang difikirkan kerana melangkah ke fasa yang menuntutnya memikul tanggungjawab besar selaku suami.

“Saya rasa andaian netizen ni salah. Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir termasuklah menjadi seorang suami. Tanggungjawabnya besar dan kena adil.

“Saya ada seorang ibu dan seorang isteri. Sekarang ini adil itu bukanlah sama rata. Adil itu meletakkan hak pada tempatnya ya,” jelasnya yang dikenali menerusi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan Ayahanda.

Pengacara rancangan Melodi itu menjawab pertanyaan rakan gandingannya, Ain Edruce, yang memintanya membuat penjelasan mengenai perkara itu termasuk mengapa beliau tidak berkongsi hari bahagianya.

Dalam pada itu, Fikry memberitahu isterinya kini berada di Kedah dan turut menjaga ibu kesayangannya.

Khalizah dikatakan pernah terbabit dalam dunia hiburan dan menjadi pengasas kepada sebuah badan bukan kerajaan.

Berita pernikahan pasangan itu dikongsi beberapa kenalan terdekat di media sosial.

Beberapa media seberang cuba menghubungi Fikry tetapi tidak mendapat pesanan balas daripadanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg