Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem berat ‘Oppenheimer’ raih pencalonan Oscar paling banyak dalam 13 kategori

Jan 24, 2024 | 06:34 PM



Seperti yang dijangkakan, filem arahan Christopher Nolan, Oppenheimer, yang mempunyai banyak faktor kekuatan sesebuah filem ‘pecah panggung’, mendahului senarai pencalonan Anugerah Academy dengan 13 pencalonan.


Filem fantasi Poor Things yang dibintangi Emma Stone pula menyusul dengan 11 pencalonan manakala filem drama silam Martin Scorsese, Killers of the Flower Moon, mendapat 10 pencalonan.


Filem yang membawa pada perubahan pemikiran stereotaip tentang peranan wanita, Barbie, pula meraih lapan pencalonan.


Senarai calon Oscar dalam bermacam kategori didedahkan pada 23 Januari, lapor laman CNN Entertainment.


Majlis gilang-gemilang ini akan berlangsung pada 10 Mac di Dolby Theatre, Hollywood and Highland Center di Hollywood. Buat kali keempat, ia akan menampilkan pelawak Jimmy Kimmel sebagai pengacara.

Dalam kategori Filem Terbaik, Oppenheimer bersaing dengan American Fiction, Barbie, The Holdovers, Anatomy of A Fall, Killers of the Flower Moon dan Maestro.


Cillian Murphey, pelakon utama Oppenheimer pula berada sebarisan dengan Bradley Cooper (Maestro), Colman Domingo (Rustin’), Paul Giamatti (The Holdovers) dan Jeffrey Wright (American Fiction).


Calon-calon bagi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pula terdiri daripada Annette Bening (Nyad), Lily Gladstone (Killers of the Flower Moon), Sandra Hüller (Anatomy of a Fall), Carey Mulligan (Maestro) dan Emma Stone (Poor Things).


Apakah pula antara kejutan bagi pencalonan tahun ini?

Majalah Time pula menyenaraikan Danielle Brookes sebagai salah seorang calon mengejut.


Beliau dicalonkan kali pertama bagi Anugerah Academy tahun ini buat drama muzikal silam The Color Purple kerana kecemerlangannya menerajui watak Sofia. Filem itu berdasarkan persembahan Broadway pada 2005 dan novel yang diterbitkan pada 1982 dengan judul serupa, tulisan Alice Walker.


Brookes, 34 tahun, dicalonkan bersama America Ferrera (Barbie), Da’Vine Joy Randolph (The Holdovers) dan Emily Blunt (Oppenheimer), yang kesemuanya adalah calon Oscar buat kali pertama.


Seorang lagi calon dalam kategori itu adalah ‘orang lama’, Jodie Foster (Nyad).


Satu lagi pencalonan yang dianggap mengejutkan ialah Sterling K. Brown, 47 tahun, yang diletakkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Ini pencalonan sulungnya bagi Anugerah Academy.

Beliau membawa watak Clifford “Cliff” Ellison dalam filem American Fiction. Komedi drama ini adalah tentang penulis yang bingit (lakonan Jeffrey Wright) yang menghasilkan buku satira tentang orang kulit hitam.


Pemilihan Huller, 45 tahun, dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik juga satu kejutan.

Walhal, pelakon Jerman itu memang hebat membawa watak seorang isteri dan ibu yang didakwa menolak suaminya daripada tingkap calet hingga maut bagi filem Anatomy of A Fall.


Dengan Huller dilihat berbual Inggeris, Perancis dan sedikit bahasa Jerman, beliau membuktikan bahasa bukan hambatan untuk mencapai kecemerlangan artistik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >