Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bintang filem ‘Oppenheimer’ Cillian Murphy tonton filem ‘Barbie’ senyap-senyap

Jan 8, 2024 | 5:30 AM
PANDAI ELAK SERBUAN: Cilian Murphy pastikan beliau datang lewat ke pawagam dan terlepas menonton iklan atau treler filem serta pulang awal sejurus filem tamat bagi mengelak daripada diserbu di pawagam.
PANDAI ELAK SERBUAN: Cilian Murphy pastikan beliau datang lewat ke pawagam dan terlepas menonton iklan atau treler filem serta pulang awal sejurus filem tamat bagi mengelak daripada diserbu di pawagam. - Foto REUTERS

Bagi mengelakkan peminat daripada mengesannya di tempat awam dan berebut untuk bergambar, pelakon filem Oppenheimer, Cillian Murphy, sudah memikirkan cara terbaik untuk mengelakkan diri daripada dikesan orang ramai khususnya di pawagam.

Dalam satu wawancara bersama akhbar, Los Angeles Times, Murphy, 47 tahun, menjelaskan, cara terbaik adalah datang lewat untuk tayangan filem dan segera pulang selepas filem tersebut tamat ditayangkan.

“Saya akan pastikan saya pergi menonton filem mengikut masa yang sesuai. Saya takkan hadir ketika iklan atau treler filem ditayangkan. Saya hadir setengah jam lambat daripada waktu tayangan, masuk lewat dan keluar dengan segera,” jelasnya.

Komen Murphy itu dibuat apabila wartawan Glenn Whipp bertanyakan rahsia beliau dapat menonton filem arahan Greta Gerwig, Barbie, di kota kelahirannya di Dublin, Ireland, tanpa menimbulkan kekecohan di pawagam.

Murphy yang mula berlakon secara profesional sejak era1990-an dikenali kerana peranannya dalam filem, Peaky Blinders serta beberapa filem arahan Christopher Nolan.

Filem Oppenheimer yang beliau jayakan dan dicalonkan bagi beberapa kategori Anugerah Golden Globe pada 8 Januar, mendapat pujian pengkritik filem dengan Murphy turut disebut sebagai pelakon berkaliber yang menghidupkan watak ahli fizik, J. Robert Oppenheimer.

Oppenheimer dan Barbie ditayangkan serentak pada 21 Julai 2023 sehingga timbul fenomena budaya pop ‘Barbenheimer’ (gabungan judul dua filem itu) yang saling bersaing untuk mendapatkan kutipan ‘box-office’.

Ditanya mengenai pandangannya tentang filem Barbie, Murphy berkata:

“Saya fikir kehadiran dua filem ini baik untuk industri. Untung penonton dapat menyaksikan filem hebat oleh sutradara filem yang juga terbaik, ditayangkan pada hari yang sama. Satu hari suntuk dapat dihabiskan di pawagam. Seronoknya!

“Memandangkan saya sebahagian daripada filem Oppenheimer dan berpeluang menonton Barbie dan melihat kegilaannya, ia memang pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya tidak pasti kalau fenomena dua filem hebat sebegini dapat dirasakan lagi.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg