Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem Melayu pecah 'Box -Office'

Sep 18, 2022 | 07:44 AM



PUNGUTAN pawagam yang memecah box office baru-baru ini memberangsangkan industri perfileman serantau, terutama filem-filem dari Malaysia dengan Mat Kilau mendahului kutipan paling tinggi terkini mencapai RM90 juta. ($27.91 juta)



Pencapaian tersebut dikatakan menjadikan filem terbitan Syamsul Yusof itu sebagai karya paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia dan memadam rekod kutipan yang pernah dicatatkan filem antarabangsa, Avengers: Endgame yang sebelum ini mencapai kutipan tertinggi berjumlah RM87 juta di seberang.



Berita Minggu (BM) mengupas industri perfileman Melayu minggu ini dengan senarai filem yang berjaya mengutip box-office sepanjang zaman sinematik moden dari tahun 80-an.



Mengimbau kembali tahun 1980, filem Adik Manja lakonan Noor Kumalasari dan pendatang baru ketika itu, Dharma Harunal Rashid, yang diterbitkan Merdeka Productions, mengaup kutipan tertinggi untuk filem Melayu pada era itu berjumlah RM3.5 juta. Rekod filem komedi itu tidak dapat dipecahkan oleh filem lain selama 14 tahun sehingga filem Sembilu terbitan Skop Productions kepunyaan Yusof Haslam muncul di layar perak.



Filem Sembilu (1994) yang dibintangi penyanyi sensasi Awie (kumpulan Wings), Erra Fazira dan Ziana Zain itu berjaya memecahkan rekod Adik Manja dengan pungutan RM4.35juta, diikuti dengan sekuel Sembilu II (1995) mengatasi jumlah itu dengan RM6.1 juta.



Enam tahun kemudian, Filem Lagi-Lagi Senario (2001) akhirnya berjaya memecah rekod Sembilu II dengan kutipan RM6.33 juta dan menduduki tempat itu selama 6 tahun.



Trend francais, iaitu pembikinan filem lanjutan yang bersangkut paut dengan filem asal dari segi prekuel atau sekuel, menjadi format yang biasa digunakan oleh penerbit filem komersial dan ia mendominasikan kebanyakan filem paling laris pada abad ini. Rata-rata genre yang paling digemari penonton pawagam ialah filem perang, komedi dan seram.



Umpamanya francais siri filem Munafik dan Munafik 2 telah memegang rekod sebagai filem Malaysia yang mempunyai kutipan tertinggi. Kedua-dua buah filem ini telah menerima kutipan sebanyak RM64 juta. Turut diikuti oleh francais siri filem Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah, kedua-dua francais siri filem arahan Mamat Khalid mencatatkan kutipan sebanyak RM 48 juta - menempatkan Mamat Khalid sebagai sutradara Malaysia yang kedua (selepas Syamsul Yusof) dari segi kutipan box-office.



Pengarah yang mendominasikan industri filem tempatan dari aspek kutipan tertinggi ialah Syamsul Yusof, anak penerbit Yusof Haslam. Setakat ini Syamsul telah mengarah 11 filem kesemuanya dan filem pertamanya, Evolusi KL Drift (2008) menerima kutipan sebanyak RM 4.5 juta turut diikuti oleh filem keduanya Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009, RM4.2 juta), Evolusi KL Drift 2 (2010, RM5.5 juta), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011, RM8.5 juta), KL Gangster (2011, RM11.74 juta), Aku Bukan Tomboy (2011, RM2.2 juta), Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012, RM4.98 juta), KL Gangster 2 (2013, RM4.96 juta), Munafik (2016, RM19.04 juta), Munafik 2 (2018, RM48 juta) dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang masih lagi dalam tayangan di pawagam. Filem sensasi yang menerima kutipan sebanyak RM 90 juta setakat ini, menjadikan jumlah filem kutipan arahan Syamsul sebanyak RM203 juta keseluruhannya.



BM bertanya dengan sutradara tempatan untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kejayaan filem-filem terbaru ini. Pengarah Mahfuz Mazlan memberitahu BM: "Saya rasa filem Melayu kini lebih fokus pada aspek komersial dan memenuhi cita rasa penonton yang inginkan aksi padat, kisah-kisah yang sebelum ini jarang ditonjolkan dan penggambaran yang berkualiti. Itu sebabnya filem seperti Mat Kilau dan Air Force berjaya di box office. Ini adalah satu langkah yang positif."



Pengarah Not My Mother's Baking Remi M. Sali pula berkata beliau memahami kenapa filem Mat Kilau mendapat perhatian sebegitu. "Mat Kilau berjaya oleh kerana ia adalah filem yang mengetengahkan wira orang Melayu, kerana itu ia mendapat sambutan yang hebat". Tentang pungutan berjuta untuk filem Melayu di Malaysia dan juga Singapura, Remi mengaku ini amat memberangsangkan dan membuktikan filem Melayu ada pasarannya di sini.




GARIS MASA REKOD FILEM DENGAN KUTIPAN TERTINGGI



◆ Adik Manja - RM 3,500,000 (1980)



◆ Sembilu - RM 4,390,000 (1994)



◆ Sembilu II - RM 6,100,000 (1995)



◆ Lagi-Lagi Senario - RM 6,330,000 (2001)



◆ Jangan Pandang Belakang - RM 7,400,000 (2007)



◆ Ngangkung - RM 8,150,000 (2010)



◆ KL Gangster - RM 11,740,000 (2011)



◆ The Journey - RM 17,280,000 (2014)



◆ Polis EVO - RM 17,470,000 (2015)



◆ Abang Long Fadil 2 - RM 18,140,000 (2017)



◆ Munafik 2 - RM 48,000,000 (2018)



◆ Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan - RM 97,000,000 (2022)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >