Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma Elon Musk mula ujian implan otak bagi pesakit lumpuh

Sep 20, 2023 | 1:47 PM
PENCAPAIAN BARU: Neuralink, syarikat pemula milik usahawan Elon Musk telah terima kelulusan mendapatkan peserta bagi ujian implan otaknya untuk pesakit lumpuh.
PENCAPAIAN BARU: Neuralink, syarikat pemula milik usahawan Elon Musk telah terima kelulusan mendapatkan peserta bagi ujian implan otaknya untuk pesakit lumpuh. - Foto REUTERS

Neuralink, satu syarikat pemula yang menghasilkan cip otak milik usahawan Encik Elon Musk, menyatakan mereka telah menerima kelulusan daripada lembaga penyemakan bebas untuk merekrut peserta bagi ujian implan otak bagi pesakit lumpuh.

Mereka yang lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang serviks atau sklerosis lateral amyotrophic mungkin layak menyertai kajian itu, katanya, tetapi tidak mendedahkan bilangan peserta yang akan didaftarkan dalam percubaan itu, yang akan mengambil masa kira-kira enam tahun untuk diselesaikan.

Kajian itu akan menggunakan robot untuk meletakkan implan antara muka otak-komputer (BCI) menerusi pembedahan, di kawasan otak yang mengawal niat bergerak, kata Neuralink.

Syarikat itu menambah, matlamat awalnya adalah untuk membolehkan pengguna mengawal kursor atau papan kekunci komputer menggunakan fikiran mereka sahaja.

Syarikat itu, yang sebelum ini berharap akan menerima kelulusan menanam perantinya dalam 10 pesakit, sedang merundingkan bilangan pesakit yang lebih rendah dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat selepas agensi itu membangkitkan kebimbangan keselamatan. Tidak diketahui berapa ramai pesakit yang akhirnya diluluskan FDA.

Encik Musk, yang mempunyai cita-cita besar untuk Neuralink, berkata ia akan memudahkan kemasukan menerusi pembedahan pantas peranti cipnya untuk merawat keadaan seperti obesiti, autisme, kemurungan dan skizofrenia.

Pada Mei, syarikat itu berkata ia telah menerima kelulusan FDA bagi percubaan klinikal pertama bagi manusia, apabila ia bersedia menjalani pengawasan pihak berkuasa untuk mengendalikan ujian ke atas haiwan.

Walaupun peranti BCI terbukti selamat buat kegunaan manusia, ia masih berpotensi mengambil masa lebih daripada satu dekad untuk mendapatkan pelepasan penggunaan komersial untuknya, menurut pakar. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg