Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Tesla rasmi lancar model kenderaan elektrik di M’sia

Jul 21, 2023 | 11:02 AM



KUALA LUMPUR: Tesla Malaysia secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik (EV) terbarunya, Model Y di pasaran tempatan dengan tiga varian berbeza pada harga bermula sekitar RM199,000 ($57,804)


Varian yang ditawarkan itu adalah Tesla Model Y RWD, Tesla Model Y Long Range AWD berharga sekitar RM246,000 dan varian tertinggi Tesla Model Y Performance AWD berharga sekitar RM288,000.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kini boleh ditempah melalui laman web Tesla Malaysia dengan bayaran pendahuluan sekitar RM1,000 dengan penghantaran terawal dijangka pada awal 2024.

Menurut Pengarah Tesla Serantau, Cik Isabel Fan, pihaknya menjangkakan penghantaran akan bermula seawal 2024.

“Model Y ini merupakan model SUV pertama direka dan dibina untuk pasaran luas termasuk Malaysia dan kami berusaha untuk menyokong usaha kerajaan bagi mengurangkan pelepasan gas CO2. Model ini merupakan kenderaan yang sangat responsif iaitu dengan daya pecutan 100 km/h dalam masa 3.7 saat serta mampu mencapai jarak sehingga 533 kilometer bagi setiap pengecasan,” katanya ketika majlis pelancaran di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, pada Khamis.

SUV terbaru ini didatangkan dengan ruang kabin mewah jenis kulit Vegan dan pelanggan juga boleh memilih kemasan hitam atau putih.

Tesla Model Y RWD dan AWD Long Range menggunakan rim 19 inci dan boleh dinaik taraf kepada rim bersaiz 20 inci manakala versi AWD Performance hadir bersama rim 21 inci.

Bakal bersaing dengan model seperti BMW iX3 dan juga Mercedes-Benz EQC, Tesla Model Y menggunakan asas sistem elektrik 400V di pasaran Malaysia.

Secara mekanikal, Model Y RWD dipacu oleh motor elektrik tunggal yang menghasilkan 347hp, 420Nm tork serta dilengkapi bateri 57.5kWj dan menawarkan jarak perbatuan sehingga 430km dengan kelajuan maksimum
217km/j.

Bagi model Model Y Long Range AWD, ia digerakkan oleh motor elektrik berkembar yang menawarkan kuasa 514hp dan 493Nm tork manakala jarak perbatuan mencecah 533km.

Tesla Model Y Performance AWD pula berkuasa 534hp dan 660Nm tork tetapi jarak perbatuan untuk setiap pengecasan hanya 514km. Bagaimanapun, had kelajuan maksimumnya adalah 250km/j.

Tesla Model Y mempunyai ruang isi barang seluas 2,100 liter, bumbung kaca panoramik, ciri keselamatan yang baik, autopilot dan sistem penapisan udara HEPA.

Ciri istimewa lain termasuklah skrin sesentuh utama 15 inci, sistem audio premium 13 pembesar suara bersama ‘subwoofer’ dan dua power Amp; dua pengecas tanpa wayar; empat port USB; tempat duduk hadapan larasan elektrik, pemanas pada semua tempat duduk dan roda stereng selain ‘Bioweapon Defence Mode’.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Pearl White Multi Coat, Solid Black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metallic dan Red Multi Coat.


Tesla turut menawarkan jaminan selama empat tahun atau 80,000km selain waranti bateri dan unit pemanduan selama lapan tahun atau 160,000km (mana-mana terlebih dahulu), dengan pengekalan minimum 70 peratus kapasiti bateri sepanjang tempoh jaminan.

Dalam pada itu, Tesla turut melancarkan stesen pengecasan pantas pertamanya di Pavillion Kuala Lumpur.

Menurut CIk Isabel, Tesla merancang memperluas bilangan stesen pengecasan ini dan tidak hanya tertumpu di Lembah Klang, malah di Johor, Pulau Pinang, Perak serta Negeri Sembilan.

Katanya, ia selari dengan usaha kerajaan untuk menyediakan 10,000 stesen pengecasan menjelang 2025 di seluruh negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >