Topic followed successfully
Go to BHkuFlat 3 bilik tampil ceria dengan rona warna pastel
Flat 3 bilik tampil ceria dengan rona warna pastel
Cipta ruang luas, selesa setelah penat bekerja dengan ciri rekaan, perabot unik
May 11, 2026 | 11:49 AM
Flat 3 bilik tampil ceria dengan rona warna pastel
Flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Ang Mo Kio ini dihiasi dengan warna pastel yang lembut dan menerapkan pelbagai ciri rekaan menarik. - Foto THE INTERPLAY
Seorang pekerja penjagaan kesihatan, Cik Priscilla, mendapat inspirasi daripada warna, bentuk dan koleksi seramik kegemarannya ketika merancang pengubahsuaian rumah pertamanya.
Wanita berusia 44 tahun itu yang tidak mahu mendedahkan nama penuhnya, juga mengajar yoga secara sambilan dan mahukan sebuah ruang yang ceria untuk pulang setelah menjalani hari yang memenatkan di hospital.
Laporan berkaitan
Keluarga 6 beranak capai impian miliki rumah sendiriFeb 21, 2026 | 6:11 PM
Rumah lebih menarik dengan pilihan warna bijakApr 27, 2026 | 12:32 PM

