Seorang pekerja penjagaan kesihatan, Cik Priscilla, mendapat inspirasi daripada warna, bentuk dan koleksi seramik kegemarannya ketika merancang pengubahsuaian rumah pertamanya.

Wanita berusia 44 tahun itu yang tidak mendedahkan nama keluarganya, juga mengajar yoga secara sambilan dan mahukan sebuah ruang yang ceria untuk pulang setelah menjalani hari yang memenatkan di hospital.