Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU

Fourtwnty hargai jerih payah, meski kini cipta nama

Konsert jelajah ‘Nalar Tour Album’ penuh tenaga di sebalik sisipan nyanyian santai sentuh jiwa
Oct 12, 2023 | 05:30 AM



Mungkin satu ketika dahulu mereka hanya bermain muzik dalam sebuah studio kecil, namun kini kumpulan indie/folk pop dari Indonesia, Fourtwnty, melakar nama tersendiri.


Fourtwnty, yang ditubuhkan pada 2010, terdiri daripada Ari Lesmana (vokal), Nuwi (gitar), Andi Armand (papan nada), Primanda/Prim Ridho (dram dan genderang) dan Ryan Maulana (bes).

Tidak seperti kumpulan muzik lain yang mendendangkan lagu berunsur cinta dan harapan, Fourtwnty menarik perhatian pendengar dengan karya bertemakan realiti dan alam.

Pelbagai pengajaran terkandung dalam lagu kumpulan asal Jakarta ini dengan liriknya penuh puitis dan kosa kata yang tinggi diiringi irama ‘santai’.

Namun, masih segar dalam ingatan Fourtwnty tentang pengalaman pahit manis pada permulaan perjalanan sebagai sebuah kumpulan.

“Pada awalnya, Fourtwnty tidak mempunyai apa-apa. Sehinggakan, kami tidak menggunakan set dram disebabkan ruang terhad di studio kami. Gitar dan bes pun kami pinjam daripada teman-teman,” singkap Nuwi, 37 tahun, ketika ditemu bual Berita Harian sebelum konsert jelajah mereka di Singapura, Nalar Tour Album, yang berlangsung Sabtu lalu di Capitol Theatre anjuran Shiraz Projects.


“Oleh sebab kekurangan sumber dari segi produksi, kami terpaksa mencari alternatif untuk hasilkan ‘beat’ dengan menggunakan genderang dan sebagainya.

“Terbukti, itu yang membuatkan muzik Fourtwnty berbeza daripada yang lain,” tambah Ari, yang telah membuka tirai konsert D’Masiv di Singapura baru-baru ini.

Ditanya apa yang membuatkan budaya band di Indonesia lebih bertahan berbanding di Malaysia dan Singapura, Ari berkata:

“Band di Indonesia sentiasa produktif. Sentiasa ada band dan lagu yang baru. Album juga selalu dihasilkan.

“Justeru, pasaran muzik di Indonesia mempunyai pelbagai genre yang boleh dipilih ikut cita rasa sesiapa pun.”

Menurut Fourtwnty, penghasilan album Nalar yang mengambil masa tiga tahun untuk dihasilkan, merupakan tempoh paling lama berbanding album lain.


Nalar bermaksud pancaindera keenam ataupun naluri seseorang. Maka, seseorang itu boleh membuat keputusan baik atau sebaliknya dengan nalurinya sendiri. Pilihan ada pada tangan individu itu, jika beliau inginkan kebaikan ataupun tidak,” ujar Ari.


Bukan sahaja ini merupakan kali pertama pemenang anugerah artis cemerlang, ‘Breakthrough Artist of the Year’ pada ‘Indonesian Choice Awards 2018’ ini mengadakan konsert di Singapura, malah Singapura merupakan negara pertama bagi konsert jelajah Nalar Tour Album.


Kumpulan yang mencatat populariti menerusi runut bunyi (OST) filem Filosofi Kopi 2: Ben & Jody (2017), Zona Nyaman, juga akan mementaskan konsert di Zepp, Kuala Lumpur; Stadium Tertutup Sukpa di Kuantan; Persada Johor; dan Vervea Trade & Exhibition Center di Penang.


Apabila ditanya perasaan mengadakan konsert di sini buat kali pertama, Ari, 37 tahun, berkata:

“Pastinya, kami berasa teruja dan gementar untuk konsert di Singapura. Tetapi dengan persiapan yang maksimum hampir dua bulan, kami harap semuanya berjalan dengan lancar.

“Pemilihan lagu, susunan muzik, visual dan konsep telah kami pilih dengan teliti.”

Hasil kerja keras kumpulan ini terbukti pada Sabtu malam dengan peminat turut bernyanyi dan menari bersama kepada lagu hit seperti Hitam Putih, Fana Merah Jambu dan Realita yang disajikan buat santapan halwa telinga hadirin.


Elemen pementasan Ari yang tidak berkasut begitu santai namun penuh karisma, memukau peminat dengan gerak-gerinya yang penuh jiwa seiring unsur penceritaan meningkatkan interaksi bersama.

Permainan cahaya, paparan video dan juga maskot Fourtwnty cukup menarik dan sejajar dengan lagu yang disajikan.







Pemilihan Nematomorpha sebagai lagu pembuka tirai konsert begitu bijak, dengan rentaknya yang rancak membuatkan penonton ghairah akan persembahan yang menanti.


Secara peribadi, yang menjadi sorotan konsert itu adalah apabila Ari mendendangkan satu-satunya lagu Inggeris Fourtwnty, High, yang ditulis khas untuk isterinya, Jade Daliz.


Dengan linangan air mata di tengah-tengah persembahan, Ari terpaksa berhenti menyanyi untuk menenangkan dirinya yang diselubungi emosi.

Namun, tepukan gemuruh hadirin membangkitkan semangat vokalis kumpulan itu untuk meneruskan persembahan.

Begitulah watak Fourtwnty yang menjiwai karya mereka dengan mencurahkannya dalam setiap persembahan.

Di samping membuat persiapan untuk konsert Nalar yang akan datang di Indonesia bertemakan motosikal Vespa (anggota Fourtwnty bakal meronda sekeliling Indonesia menaiki Vespa untuk persembahan di beberapa wilayah), peminat juga boleh menjangkakan album EP baru pada 2024 dengan jenis muzik yang berbeza.

Walau dengan populariti yang semakin meningkat, Fourtwnty kekal rendah hati dan bersyukur di atas pencapaian sebagai sebuah kumpulan.

Prim, 32 tahun, berkata: “Mujur kami sentiasa mencari jalan untuk bersatu. Harapan saya kepada anggota Fourtwnty adalah semoga kita semakin padu sebagai satu kumpulan dan tetap menjadi Fourtwnty yang sama dari dulu sampai bila-bila.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >