Topik diikuti
Pergi ke BHku‘Fries’ ayam Burger King kembali disaji
‘Fries’ ayam Burger King kembali disaji
SELEPAS lima tahun menyepi, kepingan ayam yang dipotong panjang menjadi ‘chicken fries’ atau ‘fries’ ayam kembali untuk santapan ramai di restoran makanan segera Burger King.
Sajian ini kembali lagi sejak 30 Mei dan boleh juga dipesan menerusi khidmat Grab.
Dalam kenyataannya, Burger King turut mengumumkan beberapa promosi dan kegiatan menarik sepanjang Jun untuk meraikan kemunculan semula ‘chicken fries’ ini.
Anda juga berpeluang memenangi cenderahati Burger King.
Pada 10 dan 11 Jun, Karavan Kembara Chicken Fries akan berada di Safra Choa Chu Kang disusuli dengan Plaza Singapura antara 12 dengan 18 Jun.
Usah lepaskan peluang keemasan mencuba ‘chicken fries’ dan putar ‘gachapon’ (kapsul berisi mainan) untuk memenangi edisi terhad cenderahati Burger King termasuk boneka Chicken Fries dan beg penyejuk.
Anda juga boleh ke reruai foto Chicken Fries di empat lokasi. Bagi setiap pembelian potongan ayam ini, anda berpeluang merakam foto kenangan sepanjang hayat.
Reruai itu berada di East Coast Park pada 3 dan 4 Jun; Safra Choa Chu Kang pada 10 dan 11 Jun; Bedok@Heartbeat pada 17 dan 18 Jun; serta Jurong Point pada 24 dan 25 Jun.