Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gara-gara sari tipis, Rani beku joget dalam sejuk

Jan 5, 2024 | 2:06 PM
KESAN PAKAI SARI TIPIS: Rani Mukerji pernah diusung ke dalam kereta setelah menari dalam cuaca di bawah paras -14 darjah Celsius sehingga tubuhnya menjadi beku.
KESAN PAKAI SARI TIPIS: Rani Mukerji pernah diusung ke dalam kereta setelah menari dalam cuaca di bawah paras -14 darjah Celsius sehingga tubuhnya menjadi beku. - Foto fail

Ini bukan kisah anda menatap patung lilin pelakon Bollywood, Rani Mukerji, yang kaku beku di Muzium Lilin Madame Tussauds.

Sebaliknya, Rani, 45 tahun, pernah diusung dalam kereta kerana tidak boleh bergerak selepas berlakon dalam keadaan suhu yang terlampau sejuk.

Bayangkan dirinya sedang seronok menari dan kononnya menyanyi (dengan menggunakan suara latar penyanyi seperti biasa). Tahu-tahu rakaman filem tidak lagi boleh diteruskan kerana beliau kaku dan tidak dapat berjalan langsung selepas itu.

Bagaimanapun, Rani yang dikenali ramah dengan media, memberitahu laman web, Times of India:

“Kejadian melucukan itu berlaku ketika saya menjalani penggambaran bagi lagu, Tumhi Dekho Naa, untuk dimuatkan dalam filem, Kabhi Alvida Naa Kehna, lakonan bersama Shah Rukh Khan pada 2005

“Dalam video muzik itu, saya sebenarnya sedang ‘beku’. Tak boleh buat apa-apa. Berjalan pun tidak boleh kerana badan sedang kaku.

“Hal itu memaksa sepupu saya yang juga penolong pengarah, Ayah Mukerji, untuk mengusung saya ke kereta,” kongsinya dalam temu bual yang baru sahaja dijalankan awal Januari 2024.

Bagaimanalah tak kaku? Rupanya, Rani setakat pakai sari merah nipis sehingga tidak tahan lagi kesejukan pada paras -14 darjah Celsius!

“Kalau anda amati betul-betul babak tersebut, anda akan perasan bibir saya tidak bergerak ketika melakukan ‘lip-sync’ (membuka mulut dan cuba meniru mengikut nyanyian penyanyi asal) kerana kesejukan melampau,” ujarnya.

Alahai Rani. Lain kali, kalau nak rakam babak dalam cuaca dingin, mestilah siap sedia dengan baju tebal.

Bukan apa, takut pula kekejangan yang dirasakan boleh menjejas fungsi tubuh yang sebenar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg