Pengguna Berdaftar
Garis panduan MOE untuk kanak-kanak sekolah di rumah
Aug 14, 2025 | 5:30 AM
Bagi kanak-kanak yang bersekolah di rumah, mereka wajib menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dalam empat mata pelajaran (Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda, Matematik dan Sains) apabila mereka berusia 12 tahun serta mengambil kuiz Pendidikan Nasional sebelum PSLE. - Foto fail
Di bawah Akta Pendidikan Wajib (CE) di Singapura yang dilaksanakan sejak 2003, semua kanak-kanak warganegara Singapura yang menetap di negara ini, di atas usia enam tahun tetapi di bawah usia 15 tahun, wajib menghadiri sekolah rendah nasional secara kerap, melainkan jika mereka diberikan pengecualian.
Matlamat CE bertujuan melengkapkan kanak-kanak dengan pengetahuan umum serta bantu membina identiti nasional dan menggalakkan perpaduan sosial melalui pengalaman bersekolah, menurut laman web Kementerian Pendidikan (MOE).
Laporan berkaitan
Anak keluarga S’pura sekolah di rumah dedahkan pada pendidikan alam di PerlisAug 1, 2025 | 5:50 PM
Persiap anak ke sekolah harus liputi cara belajar berbeza Aug 6, 2025 | 3:19 PM

