Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GEGAR VAGANZA 9 SEPARUH AKHIR

Disebut-sebut 'Top3'

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA nama bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) sudah disebut-sebut di alam maya sebagai bakal menjuarai peraduan realiti terbitan Astro itu.



Jika tidak pun, mereka layak menjadi naib juara dan pemenang tempat ketiga dengan peringkat separuh akhir GV9 bakal berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam ini.



Jaclyn Victor, 43 tahun, Shila Amzah, 32 tahun, dan Hazrul Nizam, 42 tahun, adalah antara yang dirasakan berupaya mengangkat gelaran johan GV9 berdasarkan kelakonan vokal mereka dari minggu pertama.



"Jaclyn membuat persembahan kelas dunia. Saya selalu bayangkan dirinya seperti 'Whitney Houston Malaysia' yang boleh tarik suara pada nada tinggi.



"Setiap emosinya sampai ke hati manakala kesungguhannya mengubah pentas GV9 ibarat sebuah konsert skala besar memang dapat dilihat," tulis Mama Soup di Twitter.



EMmeSJay pula berkata sokongannya sentiasa buat Jaclyn walaupun ada ketikanya juara Malaysian Idol itu gagal berada di tangga ke atas.



"Saya seronok tonton konsert percuma Jaclyn setiap Ahad menerusi GV9," katanya.



Peminat Shila pula tidak dapat menafikan bahawa juara Asian Wave di Shanghai, China, dan juara The Masked Singer Malaysia (Musim Kedua) serta Naib Juara One In A Million (OIAM) ini masih 'bertaring' seperti zaman muda belianya.



"Kekuatan Shila adalah lagu-lagu rancak yang diberi sentuhan peribadi. Dia dah cuba lagu Korea, lagu dangdut, lagu balada, lagu penyanyi lelaki, lagu 'girl group'...apa lagi yang kurang? Inilah juara GV9," tambah Huda pula.



Bukan mudah untuk menyanyi dengan baik sambil menari ligat. Inilah yang ramai termasuk juri akur.



Akhir sekali, anak watan Singapura, Hazrul, yang memiliki lagu terkenal Kaulah Segalanya yang sudah distrim lebih 630,000 kali di Spotify.



"Lupakan sahaja persembahannya yang pertama. Mungkin gementar dan ada masalah fon telinga.



"Tengok Hazrul selepas sembilan minggu. Boleh berdiri bulu roma mendengarnya nyanyi lagu Widuri, Fatwa Pujangga dan Writing's On The Wall," kata AnnieSha.



Rakan seni di Singapura, Fauzie Laily, pula sempat menulis ciapan di Twitter.



"Jangan abaikan Hazrul Nizam. Berilah kami semua 'masterclass' vokal. Hazrul mula menampakkan kemampuan berada di tiga tangga teratas GV9," jelas Fauzie tentang ejen hartanah yang memenangi tempat kedua Talentime dahulu.



Bagi malam ini, Jaclyn akan mendendangkan lagu kumpulan Kerispatih, Tapi Bukan Aku.



Shila pula bakal melontarkan vokalnya bagi lagu Titi DJ, Sang Dewi manakala Hazrul pula ditugaskan lagu Govinda, Hal Hebat.



Yang paling dinanti-nanti pula adalah pusingan duet di mana Jaclyn dan Shila akan berpadu suara dalam lagu ikonik Misha Omar, Sampai Bila.



Hazrul yang terlatih dalam nyanyian akapela akan bersama kumpulan VE untuk membawa lagu Syamel, Kau Pun Sama.




Ulasan Gegar Vaganza 9 boleh didengar dalam podcast Berita Harian, #NoTapis: Gegaran GV! di Spotify.

Gegar Vaganza 9 pula disiarkan pada 9 malam setiap Ahad, di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >