Barang kemas yang paling peribadi tidak semestinya yang paling menyerlah atau menonjol — sebaliknya, ia adalah barangan yang sentiasa anda gemari. 

Musim ini, gelang direka untuk dilapiskan, digabungkan dan disesuaikan mengikut cita rasa anda, menghimpunkan ikon warisan bersama klasik moden dalam satu susunan yang benar-benar unik. 

Dalam dunia barangan kemas, kemewahan sebenar terletak pada usaha membina koleksi yang menceritakan kisah anda sendiri.

Berikut antara jenama gelang yang disenaraikan majalah Her World:

Gelang Boucheron Quatre Classique

Gelang ini mempunyai gabungan tekstur yang unik dan boleh dipakai secara sendirian atau dilapiskan.
Gelang ini mempunyai gabungan tekstur yang unik dan boleh dipakai secara sendirian atau dilapiskan. - Foto BOUCHERON

Diperkenalkan pada 2004, Quatre kini menjadi salah satu ikon Boucheron yang mendefinisikan jenamanya. Meraikan lebih 160 tahun kraf tangan Paris, Quatre tidak bergantung kepada logo yang jelas untuk membuat pernyataan. 

Sebaliknya, gabungan tekstur yang unik pada gelang itu telah menjadikannya mudah dikenali – bukti kuasa reka bentuk yang penuh pertimbangan berbanding trend yang cepat berlalu. 

Inilah jenis gelang yang akan anda pilih setiap hari, sama ada dipakai secara sendirian atau dilapiskan, dan yang akan kekal relevan untuk bertahun-tahun akan datang.

Gelang Chaumet Bee de Chaumet

Diinspirasikan oleh lebah, bentuk heksagon yang kemas pada gelang ini menghasilkan reka bentuk yang lembut namun menyerlah. 
Diinspirasikan oleh lebah, bentuk heksagon yang kemas pada gelang ini menghasilkan reka bentuk yang lembut namun menyerlah.  - Foto CHAUMET

Gelang Bee de Chaumet menampilkan salah satu simbol ikonik tertua jenama itu dalam rekaan moden untuk gaya harian.

Diinspirasikan oleh lebah, simbol Chaumet sejak era Napoleon, serta kesempurnaan geometri sarang lebah, bentuk heksagon yang kemas pada gelang itu menghasilkan reka bentuk yang lembut namun menyerlah. 

Direka untuk dipakai sendiri atau digayakan secara berlapis atau cara ‘stacking’, gelang itu mudah dipadankan dan melengkapi koleksi barang kemas anda. 

Gelang Cartier Love Unlimited

Gelang Cartier ini mengekalkan motif skru ciri khas namun ia mempunyai siluet yang lebih fleksibel dan membentuk selesa mengikut pergelangan tangan.
Gelang Cartier ini mengekalkan motif skru ciri khas namun ia mempunyai siluet yang lebih fleksibel dan membentuk selesa mengikut pergelangan tangan. - Foot CARTIER

Gelang Cartier Love Unlimited mengolah semula salah satu rekaan paling ikonik jenama itu untuk generasi baharu.  

Walaupun ia mengekalkan motif skru ciri khas yang telah mendefinisikan koleksi Love sejak 1969, ia berbeza daripada rekaan asal yang lebih tegar dengan siluet yang lebih fleksibel, membentuk selesa mengikut pergelangan tangan. 

Bagi mereka yang menghargai warisan reka bentuk asal namun mahukan sesuatu yang lebih ringan dan serba boleh untuk dipakai setiap hari serta mudah digayakan secara berlapis, Gelang Love Unlimited menawarkan yang terbaik daripada kedua-duanya — menghormati sebuah ikon sambil memberinya sentuhan yang lebih moden. 

Gelang Bvlgari Tubogas

Gelang Tubogas dari Bvlgari ini direka untuk membalut pergelangan tangan secara semula jadi, sekali gus menawarkan keselesaan yang luar biasa.
Gelang Tubogas dari Bvlgari ini direka untuk membalut pergelangan tangan secara semula jadi, sekali gus menawarkan keselesaan yang luar biasa. - Foto BVLGARI

Gelang Bvlgari Tubogas membuktikan bahawa reka bentuk hebat tidak akan pernah lapuk dek zaman. 

Diperkenalkan pada tahun 1940-an, siluet gegelungnya yang khas telah menjadi salah satu ciptaan jenama itu yang paling mudah dikenali. Bagi 2026, Bvlgari menyegarkan semula ikon itu dengan bentuk kontemporari yang terasa moden secara semula jadi. 

Apa yang membezakan Tubogas ialah kelenturannya. Direka untuk membalut pergelangan tangan secara semula jadi, ia menawarkan keselesaan luar biasa sambil membuat pernyataan halus. 

Sama ada dipakai secara sendiri atau dilapiskan bersama gelang lain, Tubogas merupakan pelaburan abadi yang menggabungkan warisan, inovasi dan gaya Italy.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti